16hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.06-RM4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan di tengah-tengah sentimen pasaran yang kekal berhati-hati selain faktor ketidaktentuan geopolitik yang berpanjangan.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini selepas ia menjejaki niaga hadapan getah serantau dan jangkaan berterusan bekalan getah asli yang mencukupi daripada pengeluar utama, Thailand pada musim menoreh puncak, kata seorang peniaga.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh data inflasi AS yang lebih lemah daripada jangkaan dan unjuran bahawa kenaikan kadar faedah AS akan berlaku dalam tempoh terdekat semakin reda.
18hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur melanjutkan penurunannya untuk dua sesi dagangan berturut-turut pada Khamis dipengaruhi oleh penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras yang lebih lemah, kata seorang peniaga.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia dijangka kekal di landasan sasaran defisit fiskal bagi 2026 walaupun memperuntukkan tambahan RM25 bilion bagi subsidi bahan api, dengan defisit diunjurkan pada kadar 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
19hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada hari Rabu, walaupun pasaran hadapan getah serantau mencatatkan keuntungan.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan produk dalam negara kasar (KDNK) suku kedua Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.8 hingga 5.0 peratus daripada 5.4 peratus pada suku pertama 2026, kata seorang ahli ekonomi.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Tiada keperluan untuk mengubah unjuran semasa bagi Belanjawan 2027 berdasarkan prestasi kewangan kerajaan pada separuh pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong sentimen pelabur yang bertambah baik menjelang pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026, seiring prestasi positif Wall Street semalaman.
20hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi AS bagi Jun, di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat.
20hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives melanjutkan keuntungan mereka pada hari Selasa, menjejaki pengukuhan dalam harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).
20hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa berikutan ketidaktentuan di Selat Hormuz yang meningkatkan harga minyak mentah global, kata penganalisis.