BERITA TERKINI   Banjir Nepal : Wisma Putra gesa orang awam henti spekulasi, kongsi maklumat tidak sahih | Majlis Amanat Perdana akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 9.30 malam, 30 Ogos ini - Jawatankuasa Kerja Sambutan HKHM | Seramai 4,008 pelarian Myanmar akan didaftarkan di bawah Program Dokumen Pendaftaran Pelarian, proses dijangka selesai suku keempat tahun ini - KDN | Fasa pertama Program Penghantaran Pulang Secara Sukarela akan dilaksanakan pada 29 Sept, libat 1,476 warga Myanmar - KDN | Bekas menteri M.Saravanan mengesahkan beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok | 

Pasaran Getah Terus Meningkat Didorong Kebimbangan Bekalan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah terus mencatat kenaikan, ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan berikutan hujan berterusan di rantau pengeluar utama, kata peniaga.

Beliau berkata prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur dan penurunan inventori getah asli di China menyokong sentimen pasaran.

Ad Banner

“Bagaimanapun, kenaikan dikekang oleh harga minyak mentah yang rendah berikutan harapan yang tinggi untuk pembukaan semula Selat Hormuz, kebimbangan yang meningkat mengenai inflasi dan data ekonomi China yang lemah,” katanya kepada Bernama.

Katanya hujan berterusan di China dan Thailand dijangka memperlahankan bekalan baharu, dengan Thailand dijangka mengalami hujan lebat dan kemungkinan banjir kilat.

“Niaga hadapan getah Jepun turut diniagakan tinggi pada Khamis berikutan kebimbangan berlarutan mengenai bekalan di rantau pengeluaran mengimbangi penurunan harga minyak yang berterusan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Eksport getah asli dan campuran Vietnam merosot 8.3 peratus kepada 815,000 tan manakala penghantaran ke China menurun 14 peratus,” katanya.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 1.5 sen kepada 959.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 2.5 sen kepada 687 sen sekilogram.

-- BERNAMA