BERITA TERKINI   Persiapan sambutan Hari Kebangsaan kini capai 70 peratus - Fahmi | Hari Kebangsaan: Penyertaan pasukan Johor Military Force antara kelainan sambutan tahun ini - Fahmi | 

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata jangkaan langkah rangsangan tambahan oleh China serta permintaan lebih kukuh daripada industri tayar negara itu turut meningkatkan sentimen pasaran.

Ad Banner

“China mengumumkan untuk melaksanakan langkah dasar fiskal tambahan mengikut keperluan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi susulan momentum pertumbuhan yang semakin perlahan.

“Selain itu, pengeluaran tayar getah China meningkat 8.1 peratus tahun ke tahun kepada 102.66 juta unit pada Julai, menunjukkan permintaan hiliran yang lebih kukuh,” katanya kepada Bernama.

Peniaga itu berkata kebimbangan berterusan terhadap fenomena El Niño yang boleh menjejaskan pengeluaran getah asli di kawasan pengeluaran utama, selain ringgit yang lemah berbanding dolar AS turut menyokong sentimen pasaran.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, penurunan harga minyak mentah serta ketidaktentuan geopolitik yang berterusan di Asia Barat mengehadkan kenaikan selanjutnya, katanya.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat sembilan sen kepada 947.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut satu sen kepada 679.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA