BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026 | Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas jerebu akan laksana PdPR - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup mulai 12 Okt - KPM | Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula esok - KPM | RTS Link bukan ditangguh, perlu penilaian keselamatan dan kelulusan pihak berkuasa Malaysia-Singapura - Loke | 

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, sejajar dengan pasaran tunai, kata penganalisis.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pasaran dijangka kekal positif walaupun pelabur menjadi lebih berhati-hati.

Ad Banner

“Kami menjangka paras (FBM KLCI) pada 1,740 mata, hasil bon Perbendaharaan AS, harga minyak mentah Brent dan aliran dana asing terus menjadi faktor utama dalam menentukan kemampanan fasa kenaikan seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Katanya hala tuju pergerakan hasil bon global akan terus menjadi faktor penting terutamanya bagi sektor perbankan Malaysia berikutan hasil bon yang lebih tinggi boleh memberi impak kepada penilaian bank selain memberi tekanan kepada kos pembiayaan dan margin faedah bersih.

“Pemulihan berterusan dalam saham sektor perbankan Malaysia dijangka memerlukan hasil bon global yang lebih stabil, disokong oleh pendapatan domestik yang berdaya tahan dan aliran masuk pelaburan yang lebih baik,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagi minggu baru berakhir, niaga hadapan FBM KLCI ditutup kebanyakannya tinggi.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak Ogos 2026 menambah 15.5 mata kepada 1,741.5, September 2026 naik 15 mata kepada 1,720 serta Disember 2026 dan Mac 2027, masing-masing meningkat 13.5 mata kepada 1,720 dan 1,702.5.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada 41,237 lot daripada 30,907 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 48,670 kontrak daripada 41,862 kontrak minggu lepas.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI naik 9.09 mata kepada 1,736.48 daripada 1,727.39 dicatatkan minggu lepas.

-- BERNAMA