BERITA TERKINI   Jerebu: Semua sekolah bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu ditutup esok - Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak | Beberapa kawasan kekal berisiko alami jerebu dengan jarak penglihatan terhad pada 27 hingga 31 Ogos - KP MetMalaysia | Sambutan Hari Kebangsaan: Kepekatan jerebu yang tinggi berpotensi berlaku di Putrajaya sehingga 31 Ogos - KP MetMalaysia | Banjir Nepal : Wisma Putra gesa orang awam henti spekulasi, kongsi maklumat tidak sahih | Majlis Amanat Perdana akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 9.30 malam, 30 Ogos ini - Jawatankuasa Kerja Sambutan HKHM | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Selepas Kacang Soya Melemah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas dagangan niaga hadapan minyak kacang soya di Chicago Mercantile Exchange (CME) mula melemah sehingga menjejaskan sentimen pasaran.

Penganalisis kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics, Sathia Varqa berkata kerugian mendadak dalam niaga hadapan minyak soya adalah berpunca daripada kejatuhan dalam harga minyak mentah.

Ad Banner

"Momentum belian niaga hadapan MSM beransur-ansur memudar menjelang sesi penutupan, menyebabkan enam bulan kontrak pertama dalam wilayah negatif, manakala kontrak Mac 2027 hingga seterusnya tidak berubah atau kepada lebih tinggi sedikit," katanya kepada Bernama.

Ketua Penyelidikan Komoditi Kumpulan Sunvin yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata, anggaran pengeluaran minyak sawit bercampur-campur, ditambah dengan kekurangan permintaan baharu disebabkan premium minyak sawit berbanding minyak kacang soya dan penyebarannya yang sempit terhadap minyak gas, telah menjadikan pembeli mengambil langkah berhati-hati.

India yang merupakan pembeli utama minyak sawit, telah mengimport hampir 1.57 juta tan minyak sayuran boleh dimakan pada Ogos, seterusnya mengehadkan permintaan baharu untuk minyak sawit.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Katanya, Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) menganggarkan pengeluaran untuk 1 hingga 20 Ogos adalah pada 1.08 peratus lebih tinggi daripada tempoh 1-20 Julai, manakala UOB Kay Hian meramalkan pengeluaran antara tiga peratus lebih rendah dan satu peratus lebih tinggi.

Sementara itu, data Persatuan Pengilang-pengilang Minyak Sawit Semenanjung Selatan (SPPOMA) menunjukkan pengeluaran minyak sawit di sebelah selatan jatuh hampir 4.7 peratus pada 1-25 Ogos berbanding tempoh 1-25 Julai.

Pada penutupan, kontrak September 2026 turun RM37 kepada RM4,593 satu tan, Oktober 2026 susut RM45 kepada RM4,716 satu tan dan November 2026 merosot RM36 kepada RM4,816 satu tan.

Disember 2026 menyaksikan kerugoian sebanyak RM24 kepada RM4,907 satu tan, Januari 24 jatuh RM12 kepada RM4,984 satu tan dan Februari 2027 melemah RM6 kepada RM5,035 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 150,594 lot berbanding 114,373 sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 486,220 kontrak daripada 348,842 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi September Selatan turun sebanyak RM20 kepada RM4,620 satu tan.

-- BERNAMA