Terdapat 194 berita berdasarkan kata kunci carian " dana"

Belanjawan 2027 Perkukuh Agenda Kelestarian, Daya Tahan Iklim - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 memperkukuh hala tuju dasar kelestarian Malaysia merangkumi penyahkarbonan, daya tahan terhadap perubahan iklim dan keterangkuman sosial, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Belanjawan 2027: Galakan Cukai GSH Dicadang Semak Semula Bagi Perkukuh Daya Saing Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Galakan cukai Hab Perkhidmatan Global (GSH) dicadangkan disemak semula untuk memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi hab perkhidmatan global dan menarik aktiviti pengurusan perbendaharaan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi susulan Saham Perbankan Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan prestasi positif minggu lepas, didorong oleh aktiviti belian saham semasa harga murah dalam saham perbankan berikutan Belanjawan 2027 menawarkan sokongan tambahan menerusi langkah-langkah menyasarkan pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembiayaan perumahan dan pertumbuhan kredit dipacu pelaburan.

Cadangan Potongan Cukai Pendapatan Bagi Kos Penerbitan Sukuk Prisma

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pemberian potongan cukai pendapatan ke atas perbelanjaan penerbitan Sukuk Prisma yang diluluskan atau dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau diserah simpan dengan SC bagi tahun taksiran 2027 hingga 2030.

MATRADE Alu-alukan Belanjawan 2027, Peruntukan RM60 Juta Perkukuh Eksport PMKS

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM60 juta yang disediakan kerajaan di bawah Belanjawan 2027 kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) boleh membantu membina keupayaan syarikat tempatan menembusi dan mempelbagaikan pasaran eksport.

Sconpo Perkukuh Kerjasama Antara Agensi Bendung Risiko Pembiayaan Keganasan

LABUAN, 12 Okt (Bernama) -- Jawatankuasa Kecil Pertubuhan Bukan Untung (SCONPO) memperkukuh kerjasama antara agensi bagi meningkatkan tadbir urus, memelihara kepercayaan awam serta melindungi sektor pertubuhan bukan untung (NPO) Malaysia daripada risiko pembiayaan keganasan.

Institusi Tempatan Catat Aliran Masuk Bersih RM99.9 Juta - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aktiviti belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan aliran masuk bersih berjumlah RM99.9 juta pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Indonesia, Mesir Usahakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi, Dana Pelaburan Bersama

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 11 Okt (Bernama) -- Indonesia dan Mesir sedang mengusahakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi (EPA) serta penubuhan dana pelaburan bersama bagi memperteguh kerjasama perdagangan dan pelaburan dua hala.

Belanjawan 2027: Langkah Cukai Bantu M40, Rangsang Pelaburan - PwC Malaysia

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Langkah pelepasan cukai individu dalam Belanjawan 2027 dijangka membantu meringankan tekanan kewangan kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) manakala insentif bersasar untuk perniagaan dan pelabur berpotensi menyokong pertumbuhan pelaburan, menurut PwC Malaysia.

Belanjawan 2027: Pengecualian Cukai, Insentif Duti Setem Kendurkan Kekangan Pembiayaan Pemilik Kapal

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Lanjutan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat perkapalan dan kadar duti setem tetap bagi pembiayaan kapal yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dijangka dapat mengurangkan kekangan pembiayaan yang dihadapi pemilik kapal di Malaysia.

Peruntukan RM270 Juta Dalam Belanjawan 2027 Tingkat Akses PKS Kepada Modal Swasta

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM270 juta menerusi Belanjawan 2027 bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat bersaiz sederhana serta perusahaan sosial mendapatkan modal swasta akan mengurangkan kos pembiayaan serta halangan mendapatkan modal.

Belanjawan 2027 Perkukuh Daya Saing Malaysia, Pertumbuhan, Tangani Kos Sara Hidup - Khazanah

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 akan terus memperkukuh daya saing jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan meletakkan rakyat sebagai tumpuan utama melalui usaha meringankan beban kos sara hidup, meningkatkan gaji dan memperluas peluang.