BERITA TERKINI   Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca senjata api buatan sendiri ‘Ginsok’ di Sook Sabtu lepas - Ketua Polis Daerah Keningau | Polis rampas 42 laras senapang angin, 456 kotak kecil peluru serta tahan lelaki 50 tahun dalam operasi di Sook semalam - Ketua Polis Daerah Keningau | Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat, Sepang, Kuantan dan Rompin turut ditutup esok - Fadhlina | Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya ditutup esok - Fadhlina | 

MATRADE Alu-alukan Belanjawan 2027, Peruntukan RM60 Juta Perkukuh Eksport PMKS

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM60 juta yang disediakan kerajaan di bawah Belanjawan 2027 kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) boleh membantu membina keupayaan syarikat tempatan menembusi dan mempelbagaikan pasaran eksport.

Agensi promosi perdagangan nasional itu dalam satu kenyataan memaklumkan belanjawan tersebut dibentangkan ketika pengeksport masih mendepani ketidaktentuan geopolitik, tarif dan gangguan rantaian bekalan.

“MATRADE melihat peruntukan ini sebagai pelaburan strategik yang tepat pada masanya untuk memperkukuh daya tahan pengeksport Malaysia, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Ad Banner

“Peruntukan di bawah Dana Pengukuhan Eksport dan Pempelbagaian Pasaran ini dijangka memanfaatkan lebih 3,500 syarikat, termasuk 60 syarikat Bumiputera dari seluruh negara,” maklum agensi itu. 

Melalui 200 aktiviti pembangunan pengeksport dan promosi eksport pada 2027, MATRADE menyasarkan jualan eksport bernilai RM12 bilion dan setakat September 2026, sebanyak 10,300 PMKS telah berdaftar dengan agensi itu.

Pengerusinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata peruntukan RM60 juta itu akan terus mengukuhkan keyakinan terhadap agensi tersebut untuk mengemudi agenda eksport negara.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Pertumbuhan dua digit eksport negara bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini mencerminkan ketahanan Malaysia dalam ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan global. Syabas juga saya ucapkan kepada pengurusan MATRADE atas usaha keras yang telah menyumbang kepada prestasi perdagangan negara yang positif ini.

“Namun, tumpuan strategik kita kini adalah untuk meningkatkan nisbah penyertaan PMKS dalam pasaran eksport Malaysia. Kita harus mengangkat PMKS sebagai tunjang dan penggerak utama ekonomi negara, kerana setiap kejayaan mereka di pentas global akan membawa kesan limpahan secara langsung kepada kemakmuran ekonomi rakyat,” katanya.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif MATRADE Datuk Indera Abu Bakar Yusof mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan atas peruntukan tersebut serta kepercayaan yang diberikan kepada MATRADE untuk terus menggerakkan agenda eksport PMKS.

“Kami memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan akan memastikan setiap ringgit memberikan hasil yang nyata kepada pengeksport Malaysia, khususnya PMKS, melalui kerjasama dengan rakan kongsi dan pihak berkepentingan dalam ekosistem eksport,” katanya.

MATRADE memaklumkan agensi itu akan terus melaksanakan strategi eksport, termasuk pempelbagaian pasaran, halal, perkhidmatan dan pendigitalan melalui MADANI Digital Trade Platform (MDTP) dan juga akan terus menyokong pembangunan eksport PMKS melalui Akademi MATRADE dan Rangka Tindakan Perdagangan Nasional.

Agensi itu juga percaya pelanjutan galakan cukai bagi pameran perdagangan antarabangsa sehingga Tahun Taksiran 2030 dijangka dapat menggalakkan lebih ramai PMKS menyertai aktiviti promosi perdagangan antarabangsa.

-- BERNAMA