BERITA TERKINI   JPJ perketat kawal selia kaunter dengan hanya perantara berdaftar dibenarkan berurusan bagi pihak pelanggan mulai 1 Jan 2027 - KP JPJ | Pendaftaran individu, wakil syarikat sebagai perantara berdaftar akan dibuka mulai 1 Nov ini secara dalam talian - KP JPJ | Pindaan Akta 333 dijangka dibentangkan pada sidang pertama Parlimen tahun depan - Loke | Raja Abdullah II seru kerjasama pertahanan Malaysia–Jordan diperkukuh termasuk dalam bidang teknologi ketenteraan | Pas MyKomuter50 RM50 sebulan disasar dilaksana selewat-lewatnya 1 Jan 2027- Loke | 

Institusi Tempatan Catat Aliran Masuk Bersih RM99.9 Juta - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aktiviti belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan aliran masuk bersih berjumlah RM99.9 juta pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Bank pelaburan itu berkata pelabur runcit turut meneruskan belian bersih untuk minggu ketujuh berturut-turut, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM258.2 juta.

Dalam pada itu, institusi asing meneruskan jualan bersih untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan aliran keluar bersih berjumlah RM358.1 juta pada minggu berkenaan, menurut MBSB IB dalam laporan aliran dana mingguan bagi minggu berakhir 9 Oktober.

Ad Banner

“Institusi asing merekodkan jualan bersih pada kesemua lima hari dagangan, dengan aliran keluar tertinggi dicatatkan pada Khamis sebanyak RM194.7 juta, diikuti Isnin (RM79.6 juta), Rabu (RM63.4 juta), Jumaat (RM14.0 juta) dan Selasa (RM6.4 juta),” katanya.

Tiga sektor utama yang mencatatkan aliran masuk bersih daripada institusi asing ialah teknologi sebanyak RM240.0 juta, produk dan perkhidmatan perindustrian (RM102.0 juta) serta pengangkutan dan logistik (RM74.0 juta).

Sementara itu, tiga sektor utama yang mencatatkan aliran keluar bersih dana asing ialah perkhidmatan kewangan sebanyak RM532.2 juta, utiliti (RM162.9 juta) dan perladangan (RM116.2 juta), katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

MBSB IB berkata purata jumlah dagangan harian (ADTV) meningkat secara menyeluruh, dengan pelabur runcit mencatatkan peningkatan sebanyak 9.7 peratus, institusi asing 1.4 peratus dan institusi tempatan 14.4 peratus.

Sementara itu, daripada lapan pasaran Asia yang dipantau MBSB IB, pelabur asing turut meneruskan jualan bersih untuk minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar bersih dana asing sebanyak US$10.31 bilion.

Korea Selatan mencatatkan aliran keluar bersih terbesar, diikuti India, Taiwan, Vietnam, Thailand, Indonesia, Malaysia dan Filipina.

-- BERNAMA