BERITA TERKINI   PM Anwar umum 29 Sept setiap tahun sebagai Hari Ikhtisas Malaysia | Golongan profesional perlu bantu tingkat produktiviti, perkukuh tadbir urus negara - PM Anwar | Negara tidak boleh maju jika rasuah, salah guna kuasa dan kelemahan profesionalisme terus dibiarkan - PM Anwar | LTdL 2026: Pelumba Pasukan XDS Astana Matteo Malucelli menang Peringkat Ketiga dari Sungai Petani ke Kuala Kangsar | Kelantan berpotensi menjadi peneraju ekonomi biru di Pantai Timur - Sultan Kelantan | 

Terdapat 1756 berita berdasarkan kata kunci carian " as"

Keyfield Umum Beli Kapal Korek Inai Kenanga Pada Harga US$24.7 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keyfield International Bhd membeli Inai Kenanga, sebuah kapal korek sedutan berkapasiti mega dengan bayaran tunai US$24.7 juta (US$1=RM4.02).

Malaysia Perlu Perkukuh Asas Pasaran Untuk Kekal Kompetitif - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Selain menerima pakai teknologi baharu, Malaysia perlu memperkukuh asas pasaran, meningkatkan kecekapan dan memperluas akses kepada modal untuk memastikan pasaran kewangan dan modalnya kekal kompetitif, berdaya tahan dan relevan.

Bekalan Untuk Industri Peranti Perubatan Kekal Stabil Dalam Persekitaran Ketidakpastian Geopolitik

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Prospek bekalan untuk industri peranti perubatan kekal stabil dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik ketika ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Pelajar MBA China Bantu Murid Berkeperluan Khas Cipta Peluang Kerjaya

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Sekumpulan pelajar pascasiswazah dari tanah besar China di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil inisiatif memperkasa murid berkeperluan khas melalui kemahiran vokasional yang berpotensi membantu mereka mendapatkan pekerjaan dan meningkatkan taraf ekonomi selepas tamat persekolahan.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) --Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh minat belian selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini, walaupun dolar yang lebih kukuh mengehadkan potensi kenaikan seterusnya, kata seorang penganalisis.

Untung Bersih Suku Kedua KLCC Property Naik Kepada RM204.42 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) --  KLCC Property Holdings Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 kepada RM204.42 juta daripada RM200.45 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Kelemahan Pasaran COMEX AS

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki harga emas yang lemah di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX AS).

Bursa Malaysia Ditutup Melonjak 12.21 Mata Ketika Saham YTL, Perbankan Pacu Pasaran

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Rabu, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau ketika penurunan harga minyak meredakan tekanan inflasi dan memacu minat risiko dengan aktiviti belian menumpukan saham berkaitan YTL dan perbankan, kata penganalisis.

Untung Bersih Suku Kedua Petronas Gas Meningkat Kepada RM453.33 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM453.33 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM450.19 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Susulan Hasil Perbendaharaan AS Lemah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, disokong oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah menjelang simposium Jackson Hole Rizab Persekutuan AS (Fed).

Untung Bersih IJM Naik Kepada RM137.39 juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih IJM Corporation Bhd (IJM Corp) bagi suku pertama, berakhir pada 30 Jun, 2026 (suku pertama tahun kewangan 2027) meningkat kepada RM137.39 juta daripada RM95.60 juta dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas, didorong oleh bahagian pembinaan, pengilangan serta kuari.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi pada Rabu berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan disebabkan El Nino dan permintaan yang berdaya tahan daripada sektor automotif Amerika Syarikat (AS) yang menyokong sentimen pasaran, kata peniaga.