Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Kelemahan Pasaran COMEX AS
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki harga emas yang lemah di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX AS).
Pada penutupan, kontrak bulan semerta Ogos 2026 susut kepada US$4,618.0 setiap auns troy daripada US$4,638.50 setiap auns troy dicatatkan pada Isnin, September 2026 berkurangan kepada US$4,635.50 setiap auns troy daripada US$4,654.70 setiap auns troy sebelumnya.
Kontrak Oktober dan November 2026 merosot kepada US$4,651.90 setiap auns troy daripada US$4,671.70 setiap auns troy, manakala Disember 2026 dan Februari 2027 menguncup kepada US$4,659.70 setiap auns troy daripada US$4,679.50 setiap auns troy sebelum ini.
Jumlah dagangan menyaksikan penurunan kepada 354 lot berbanding 392 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 425 kontrak daripada 456 sebelum itu.
Pada penetapan tengah hari 22 Ogos, 2026 di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,615.45 setiap auns troy.
-- BERNAMA