22hari ago
GEORGE TOWN, 22 Julai (Bernama) -- Kilang dan pemain industri terutamanya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) disaran memanfaatkan prestasi perdagangan negara yang kukuh pada tahun ini dengan melabur semula keuntungan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), automasi dan pembangunan bakat bagi meningkatkan daya saing jangka panjang.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Harga minyak kelapa sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan antara RM4,400 hingga RM4,650 satu tan metrik pada Ogos, disokong oleh pelaksanaan biodiesel B50 Indonesia bermula Julai, pasaran tenaga lebih kukuh serta ekonomi biodiesel yang semakin baik.
22hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, dengan aktiviti pengambilan untung yang berterusan mengehadkan kenaikan walaupun Wall Street mencatatkan peningkatan semula semalaman, kata penganalisis.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Rabu.
22hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama pada Rabu, namun hampir mendatar berbanding dolar AS apabila peniaga mengambil pendekatan berhati-hati berikutan ketidaktentuan yang berterusan mengenai konflik di Asia Barat.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengambil tindakan segera untuk membatalkan status Malaysia Digital terhadap NSO Malaysia Sdn Bhd yang mengendalikan Network School di Forest City, Iskandar Puteri, Johor.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Bhd (AMB) memutuskan untuk membentangkan langkah pengurangan modal dan pembayaran semula terpilih (SCR) yang dicadangkan oleh pemegang saham kawalan, Ajinomoto Co, Inc (Ajico).
23hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa susulan kelemahan dalam pasaran minyak soya dan minyak mentah, kata seorang peniaga.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang dan akan terus mempergiat usaha untuk meminimumkan impak tindakan unilateral Amerika Syarikat (AS) supaya Malaysia kekal menjadi destinasi pelaburan untuk sektor semikonduktor serta elektrik dan elektronik (E&E).
23hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia terus berkembang meskipun rantaian bekalan global berdepan gangguan susulan keadaan geopolitik di Timur Tengah serta ketegangan berterusan antara Rusia dan Ukraine.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.
23hari ago
IPOH, 21 Julai (Bernama) -- Kadar pertumbuhan ekonomi global berisiko menghampiri sifar dalam tempoh 100 tahun akan datang susulan peningkatan halangan perdagangan, persaingan geopolitik yang semakin sengit serta gangguan rantaian bekalan yang mengubah landskap ekonomi dunia, kata Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri Nurhisham Hussein.