BERITA TERKINI   Bernama terima Anugerah Penyiaran Media Massa pada majlis Anugerah Industri Malaysia (MINDA) malam ini | Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari bermula esok susulan kemerosotan kualiti udara - Exco | Belanjawan 2027 terus beri tumpuan ringankan beban, lindungi rakyat, buka peluang dan pastikan manfaat pembangunan yang lebih adil - PM Anwar | Belanjawan MADANI ke-5 berpaksikan tekad jelas bahawa ekonomi negara perlu terus diperkukuh, pertumbuhan diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik - PM Anwar | Tunggakan bayaran balik pinjaman untuk projek infrastruktur asas kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM8.084 bilion setakat 31 Dis tahun lepas - Chin Tong | 

Northern Solar Peroleh Projek EPCC Bernilai RM34 Juta

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd menerusi anak syarikat milik  penuhnya, Northern Solar Sdn Bhd memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM34 juta bagi pembangunan loji fotovoltaik solar berskala besar berkapasiti 9.50-megawatt (MW). 

Menurut syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, surat lantikan (LOA) bagi projek itu telah diterima pada 7 Oktober 2026. 

Syarikat itu turut memaklumkan bahawa projek tersebut dijadualkan memulakan operasi secara komersial menjelang 1 Mei 2027. 

Ad Banner

“Berikutan peruntukan kerahsiaan dalam LOA, identiti pihak yang memberikan LOA itu tidak dapat didedahkan,” menurut syarikat itu. 

Selain itu, syarikat tersebut memaklumkan bahawa projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2027 dan seterusnya. 

“Lembaga pengarah menyatakankan bahawa ia tidak menjangkakan sebarang risiko luar biasa timbul daripada projek itu, selain risiko operasi dan pelaksanaan yang biasa,” menurut syarikat itu. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA