1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Menjamin daya maju kewangan projek dan menyesuaikan dengan pendekatan penilaian risiko konvensional merupakan antara cabaran yang dihadapi sektor tenaga boleh baharu (TBB) Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong pembelian saham semasa harga rendah berikutan penurunan semalam dan minat belian terhadap saham berwajaran tinggi walaupun sentimen berhati-hati timbil akibat prestasi lemah Wall Street.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kedudukan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini stabil dan semakin kukuh susulan jumlah aset yang melebihi liabiliti serta peningkatan dana simpanan pendeposit dan kadar agihan, maklum Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Acara Anugerah CGC 2025 edisi ke-31 yang berlangsung hari ini mengiktiraf 32 pencapaian cemerlang dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia serta pemain utama ekosistem kewangan.
1bulan ago
IPOH, 11 Ogos (Bernama) -- Casuarina Meru Sdn Bhd menyasarkan peningkatan kadar penginapan keseluruhan kepada 62 peratus bagi hotel bertaraf empat bintangnya, Hotel Casuarina@Meru tahun ini, didorong pertumbuhan positif sektor pelancongan domestik dan momentum kehadiran pengunjung yang berterusan.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, selepas disokong oleh pembelian berterusan daripada People's Bank of China (PBOC).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- MR DIY Group (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM134.40 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 berakhir 30 Jun 2026, berbanding RM158.58 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- ASEAN memerlukan kerjasama serantau yang lebih padu untuk memperkukuh keterjaminan tenaga dan menangani cabaran penyelarasan modal yang dihadapi rantau ini dalam usaha peralihan tenaganya.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah dan kebimbangan geopolitik yang berterusan menjejaskan sentimen pelabur.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan diminta memperincikan langkah untuk mengurangkan kebergantungan Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas pendapatan sukuk Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang menurut Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyumbang hampir 26 peratus daripada pendapatan tahunan institusi itu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Persidangan Kaptif Asia (ACC) ke-8 2026 akan meneliti peranan insurans kaptif sebagai instrumen strategik untuk membantu organisasi memperkukuh daya tahan dan mengurus risiko baharu serta semakin kompleks dalam persekitaran global yang tidak menentu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendapati polisi rosot nilai Lembaga Tabung Haji (TH) telah diubah daripada 70 peratus kepada 85 peratus dan seterusnya 90 peratus dalam tempoh satu hari bagi tahun kewangan 2017, sekali gus membolehkan keuntungan tahun berkenaan ditingkatkan untuk pembayaran agihan keuntungan.