BERITA TERKINI   Tiga individu termasuk nenek tiri ditahan kes bunuh cucu perempuan berusia satu tahun empat bulan di Kota Tinggi pada 2 Ogos - Ketua Polis Johor | Kerajaan akan laksanakan reformasi dan islah sedayanya termasuk perkukuhkan Akta TH dan tadbir urus - Dr Zulkifli | TH beli tanah di TRX daripada 1MDB, dengan persoalan timbul apabila CEO TH merupakan ahli lembaga pengarah 1MDB | TH labur dalam Putrajaya Perdana, pengerusi TH ketika itu sebagai pengerusi Putrajaya Perdana dan syarikat terkait dalam urus niaga 1MDB dengan kerugian RM145.3 juta | Al-Rawda diarah bayar SAR899 juta, namun hanya bayar sebahagian apabila didapati tidak mempunyai kemampuan kewangan, sebanyak SAR14.9 juta sebelum gagal mematuhi terma Perjanjian Penyelesaian | 

ACC 2026 Tumpu Pengurusan Risiko Baharu, Kompleks

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Persidangan Kaptif Asia (ACC) ke-8 2026 akan meneliti peranan insurans kaptif sebagai instrumen strategik untuk membantu organisasi memperkukuh daya tahan dan mengurus risiko baharu serta semakin kompleks dalam persekitaran global yang tidak menentu.

Dianjurkan bersama Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd (Labuan IBFC Inc) dan Labuan International Insurance Association (LIIA), persidangan itu dijadual berlangsung di sini pada 10 Sept dengan tema “Captives in a Volatile World: Managing Emerging and Complex Risks”.

Labuan International Business and Financial Centre (Labuan IBFC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan persidangan itu akan menghimpunkan pengawal selia, pemilik kaptif, profesional risiko serta pakar industri dari Asia dan luar rantau untuk meneroka penggunaan insurans kaptif sebagai pendekatan strategik dalam pengurusan risiko kompleks.

Ad Banner

“Program pembukaan akan meneliti trend pertumbuhan, perkembangan kawal selia dan peluang strategik yang membentuk sektor captive serantau,” menurutnya.

Antara pengisian utama ialah panel bertajuk “Unlocking Captive Potential: Regulatory Perspectives from Asia and Emerging Markets” yang menampilkan pengawal selia dari Labuan IBFC, Hong Kong dan Singapura bagi membincangkan perkembangan rangka kerja kawal selia, dinamik pasaran serta peluang insurans kaptif di Asia.

Labuan IBFC memaklumkan, seiring dengan pengaruh China yang semakin berkembang dalam ekosistem insurans kaptif, ACC 2026 turut menampilkan dialog industri mengenai bagaimana perusahaan China memanfaatkan insurans kaptif bagi menyokong pengembangan perniagaan merentas sempadan dan mengurus risiko perniagaan yang semakin kompleks.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Pakar dari China, Hong Kong dan Labuan IBFC akan berkongsi pandangan mengenai pilihan bidang kuasa, dinamik pasaran dan peluang baharu untuk perniagaan China,” menurutnya.

Menurut Labuan IBFC, program sebelah petang akan memberi tumpuan kepada perkembangan kaptif takaful serta meneliti bagaimana teknologi baharu mengubah proses pengunderaitan, pengurusan risiko, kecekapan operasi dan struktur captive pada masa hadapan.

“Para peserta juga akan meneroka peranan insurans kaptif  memberi manfaat pekerja dalam meningkatkan kecekapan kos, memperkemas pengurusan risiko dan memperkukuh tawaran nilai kepada pekerja.

“Beberapa sesi perbincangan selari turut diadakan bagi memenuhi keperluan peserta pada pelbagai tahap pengalaman dalam penggunaan insurans captive, termasuk sesi pengenalan untuk organisasi yang sedang mempertimbangkan penubuhan kaptif dan sesi lanjutan yang memberi tumpuan kepada strategi kepelbagaian serta pengoptimuman,” katanya.

Labuan IBFC memaklumkan persidangan itu akan diakhiri dengan panel eksekutif yang membincangkan bagaimana organisasi menggunakan penyelesaian kaptif insurans dan parametrik bagi menangani gangguan berkaitan iklim, risiko peralihan tenaga serta cabaran operasi baharu lain.

Majlis penutup akan disusuli ucapan oleh Pengerusi LIIA Annie Undikai.

Penaja ACC 2026 termasuk Principal Re Limited, Sterling Insurance Brokers Sdn Bhd, Marsh Management Services Singapore Pte Ltd dan Bayes Actuarial Solutions Sdn Bhd, selain beberapa pihak lain.

Orang ramai boleh mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Sekretariat ACC di talian +603 2773 8977 atau e-mel events@libfc.com.

-- BERNAMA