14hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- LBS Bina Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM15.04 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM27.08 juta pada suku kedua tahun kewangan 2025.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Apex Securities Bhd menaikkan unjuran eksport Malaysia bagi 2026 kepada 26.2 peratus daripada 16.3 peratus, disokong pertumbuhan eksport yang kukuh dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Harga saham YTL Corporation Bhd (YTL Corp) meningkat 1.64 peratus pada dagangan awal Jumaat, meskipun syarikat itu melaporkan keuntungan bersih lebih rendah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat susulan pelabur mengambil keuntungan berikutan peningkatan pada sesi dagangan sebelumnya, manakala ketidaktentuan geopolitik yang berterusan terus mempengaruhi sentimen pasaran.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Power International Bhd menyusut kepada RM1.68 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM2.54 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) berminat untuk menyertai projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM), kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Amar Huzaimi Md Deris.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Malaysian Pacific Industries Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) meningkat kepada RM188.04 juta berbanding RM153.78 juta tahun lepas, didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd meningkat kepada RM593.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM303.82 juta pada tahun kewangan 2025.
15hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi apabila pelan pembelian balik Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan hasil Perbendaharaan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah iaitu RM365.48 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 daripada RM402.97 juta pada suku yang sama tahun lepas.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bintai Kinden Corporation Bhd, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn Bhd menerima kontrak daripada PLUS Malaysia Bhd bagi projek pembangunan melibatkan dua bidang tanah dengan keluasan kira-kira 41.68 hektar di Ayer Keroh, Melaka.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Healthcare Holdings Bhd melonjak kepada RM78.15 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Dis 2026, daripada RM41.38 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.