2bulan ago
SERDANG, 26 Jun (Bernama) -- Pengeluar pesawat ringan Malaysia, Aeronas Aerocraft Sdn Bhd telah menerima tempahan terkumpul sebanyak 50 unit pesawat ringan bernilai US$85 juta (RM357 juta) daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong, Consortium Wholechoice.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bekalan bahan api di rangkaian stesen minyak Petroliam Nasional Bhd (Petronas) seluruh negara dijangka stabil dan mencukupi sehingga Ogos, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pemegang Amanah Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT), RHB Trustees Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan City-Link Express (M) Sdn Bhd bagi membeli sebuah pusat pengedaran yang digunakan sepenuhnya di Bandar Saujana Putra, Selangor pada harga RM128 juta.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Serangkap pantun, dua jenama pengguna yang terkenal dan seruan untuk kerjasama perniagaan yang lebih kukuh, digabungkan menjadi satu di majlis pelancaran kolaborasi minuman tenusu sedia diminum oleh Tealive dan Dutch Lady Malaysia hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Makmal Kecerdasan Buatan (AI) YTL Power International Bhd (YTL AI Labs) menjalin kerjasama dengan pengendali mudah alih Yes milik YTL Communications untuk memperluas akses rakyat Malaysia kepada teknologi AI menerusi ILMUchat, AI Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh kesalinghubungan udara dengan China dan Indonesia menerusi pelancaran empat perkhidmatan antarabangsa baharu oleh Hainan Airlines, China Eastern Airlines, Wings Air dan AirAsia, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Batik Air melancarkan perkhidmatan terus baharunya antara Kuala Lumpur dan Shanghai, sekali gus mengukuhkan lagi kehadirannya di China.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa Ke-12 (IRGCE) 2026 yang dijadual bermula pada 8 hingga 10 September ini adalah edisi penganjuran terbesar setakat ini berikutan lebih 600 ruang pameran habis ditempah oleh pempamer daripada 15 negara sebelum acara berlangsung.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- TNG Digital Sdn Bhd, pengendali TNG eWallet, melancarkan tawaran pembiayaan Islam pertamanya, Pembiayaan ASB, dengan kerjasama CIMB.
2bulan ago
SERDANG, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia menyasarkan pertumbuhan industri aeroangkasa antara 15 hingga 20 peratus tahun ini, didorong permintaan global yang terus meningkat terhadap pesawat serta pengembangan rantaian bekalan industri berkenaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Sebanyak 11 pemaju di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) telah berdaftar sehingga Mei 2026, melibatkan lapan pengguna hijau yang terdiri daripada syarikat pusat data, industri teknologi tinggi dan sektor pembuatan.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Peranan yang semakin berkembang Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Turkmenistan kini muncul sebagai pemangkin utama kepada momentum baharu hubungan dua hala Malaysia–Turkmenistan, diperkukuh oleh lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara Asia Tengah itu baru-baru ini.