BERITA TERKINI   Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia ke S$15 setiap perjalanan bermula 1 Jan, 2027 - LTA  | Malaysia melepasi kapasiti tenaga boleh baharu 13.3GW pada 2025, dipacu oleh pertumbuhan pesat tenaga solar - TPM Fadillah | Malaysia menyasarkan 118 juta liter air terawat sehari menjelang 2030 untuk kegunaan industri, meningkat daripada pengeluaran semasa 48.5 juta liter sehari - TPM Fadillah | Penerangan mengenai krisis bekalan global akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin depan - Akmal Nasrullah | Malaysia kekal pendirian tidak iktiraf junta Myanmar, lawatan tidak rasmi saluran komunikasi tangani krisis - Mohamad Hasan | 

TNG Digital Lancar Pembiayaan ASB Dalam TNG eWallet Dengan Kerjasama CIMB

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- TNG Digital Sdn Bhd, pengendali TNG eWallet, melancarkan tawaran pembiayaan Islam pertamanya, Pembiayaan ASB, dengan kerjasama CIMB.

Menurut TNG Digital dalam kenyataan hari ini, melalui pengalaman pembiayaan yang lebih mudah dan bersepadu dalam TNG eWallet, pengguna kini boleh menyertai pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) melalui komitmen bulanan berstruktur berbanding bergantung pada simpanan permulaan yang besar.

Pengguna bumiputera telah membentuk 70 peratus daripada asas pelabur Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) di platform TNG eWallet dan menyumbang 52 peratus daripada jumlah nilai pelaburan di platform itu, mencerminkan permintaan yang kukuh terhadap penyelesaian pelaburan dan pembinaan kekayaan yang mudah diakses dalam segmen berkenaan.

Ad Banner

Ketua Perkhidmatan Kewangan TNG Digital Desmond Teoh berkata pelancaran itu merupakan langkah penting dalam memperluas rangkaian penyelesaian kewangan yang boleh didapati melalui ciri GOfinance.

“Penerimaan pelaburan ASNB yang baik di platform kami jelas mencerminkan minat yang meningkat dalam penyelesaian pembinaan kekayaan yang boleh diakses dan dihubungkan secara digital dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Sejak penyepaduan ASNB pada 2023, TNG Digital memaklumkan TNG eWallet terus mencatatkan peningkatan penggunaan perkhidmatan pelaburan digital, dengan pertumbuhan 44 peratus tahun ke tahun dalam kalangan pengguna yang aktif melabur melalui platform tersebut setakat Mei 2026.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Dengan jumlah pembiayaan daripada RM10,000 hingga RM200,000 dan tempoh fleksibel antara lima dan 40 tahun, pengguna boleh memilih pelan yang paling sesuai dengan matlamat dan kapasiti kewangan mereka.

-- BERNAMA