BERITA TERKINI   153 laporan polis diterima setakat 3 petang berhubung kenyataan Puad Zarkashi - Ketua Polis Johor | Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia ke S$15 setiap perjalanan bermula 1 Jan, 2027 - LTA  | Malaysia melepasi kapasiti tenaga boleh baharu 13.3GW pada 2025, dipacu oleh pertumbuhan pesat tenaga solar - TPM Fadillah | Malaysia menyasarkan 118 juta liter air terawat sehari menjelang 2030 untuk kegunaan industri, meningkat daripada pengeluaran semasa 48.5 juta liter sehari - TPM Fadillah | 

YTL AI Labs Perkasa Yes Ke Arah Telco Berteraskan AI Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Makmal Kecerdasan Buatan (AI) YTL Power International Bhd (YTL AI Labs) menjalin kerjasama dengan pengendali mudah alih Yes milik YTL Communications untuk memperluas akses rakyat Malaysia kepada teknologi AI menerusi ILMUchat, AI Malaysia.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, YTL AI Labs dan Yes berkata ILMUchat yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia menggabungkan keupayaan AI bertaraf dunia dengan pemahaman mendalam terhadap bahasa, budaya dan konteks tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL AI Labs Foong Chee Mun berkata kerjasama itu merupakan satu pencapaian penting apabila ILMUchat kini boleh diakses oleh lebih tiga juta pengguna di seluruh negara menerusi Yes, sekali gus meletakkan syarikat telekomunikasi itu sebagai telco berteraskan AI yang pertama di Malaysia.

Ad Banner

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Wing K. Lee berkata dengan menawarkan akses percuma kepada ILMUchat Pro, syarikat itu memastikan jutaan rakyat Malaysia dapat memanfaatkan kemajuan terkini dalam teknologi AI yang dibangunkan di Malaysia.

“Jika anda masih belum menjadi pelanggan Yes, anda kini boleh menikmati rangkaian paling maju di Malaysia yang digandingkan dengan AI berdaulat Malaysia, bermula serendah RM10 menerusi pek permulaan prabayar Yes 5G Advanced,” katanya.

Menurut kenyataan itu, selain menjana teks, pengguna juga boleh menghasilkan slaid pembentangan, poster serta membangunkan aplikasi mini dan permainan secara terus menerusi ILMUchat.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pengguna turut boleh menggunakan ILMUchat untuk menyediakan surat, cadangan perniagaan dan mesej, sebelum menghantarnya terus melalui WhatsApp atau e-mel hanya dengan satu klik.

ILMUchat kini boleh diakses menerusi laman web, Apple App Store, Google Play Store dan aplikasi MyYes, manakala pelan ILMUchat Pro yang menawarkan akses tanpa had kepada ciri-ciri lanjutan disediakan pada harga RM50 sebulan.

-- BERNAMA