BERITA TERKINI   Liga Super: Star City FC 1-1 Terengganu FC | Liga Super: Melaka FC 1-2 Kuching City FC | 

Terdapat 695 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa "

Untung Bersih Suku Pertama Hartalega Melonjak Kepada RM70.03 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2026 (S1 2026) meningkat kepada RM70.03 juta daripada RM12.61 juta setahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Positif Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman dalam persekitaran geopolitik yang tidak menentu.

Pelaburan Syariah Semakin Diterima Ketika AI Bentuk Semula Landskap Pelaburan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Pelaburan syariah semakin diterima apabila teknologi digital mengubah cara keputusan pelaburan dibuat manakala kecerdasan buatan (AI) mengubah segalanya daripada penyelidikan dan pembinaan portfolio kepada pengurusan risiko serta pelaksanaan dagangan.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya rendah dalam dagangan awal pada Selasa.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa dan kemudiannya menyusut apabila pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati berikutan ketidaktentuan yang masih berterusan di pasaran global, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah pada Isnin.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Di COMEX

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi rendah di Bursa Komoditi New York (Comex).

WCT Perkukuh Kesediaan ESG Pembekal Melalui Program Queen Bee

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- WCT Holdings Bhd (WCT) melancarkan Program ESG Queen Bee, iaitu program sokongan pembekal berbayar yang menyediakan latihan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), pembangunan strategi penyahkarbonan serta penilaian semula karbon bagi tempoh hingga dua tahun.

Belian Saat Akhir Saham Wajaran Tinggi Pacu Bursa Malaysia Ditutup Meningkat

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan mencatat peningkatan kecil pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saat-saat akhir ke atas saham bermodal besar terpilih di tengah-tengah pemulihan sentimen pelabur walaupun dalam situasi ketidaktentuan geopolitik, kata penganalisis.

Maybank Sasar Selesai Ambil Alih Maybank Ageas Holdings Akhir Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyasarkan untuk memuktamadkan pengambilalihan baki 30.95 peratus kepentingan dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (MAHB) menjelang akhir suku ketiga 2026, tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM).

Maybank Bakal Miliki Sepenuhnya Maybank Ageas Holdings Dalam Urus Niaga Bernilai RM4.83 Bilion

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memeterai Perjanjian Pelaksanaan (IA) dengan Ageas Insurance International NV (Ageas) untuk membeli baki 30.95 peratus kepentingan dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (Maybank Ageas) pada harga RM4.83 bilion.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari susulan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, didahului Petronas Chemicals Group Bhd, CelcomDigi Bhd dan Tenaga Nasional Bhd.