Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari susulan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, didahului Petronas Chemicals Group Bhd, CelcomDigi Bhd dan Tenaga Nasional Bhd.

Prestasi itu juga seiring penurunan kebanyakan pasaran serantau meskipun terdapat perkembangan mengenai rundingan damai Asia Barat.

Ketiga-tiga kaunter itu mengheret turun FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) sebanyak 4.83 mata secara keseluruhan dalam keadaan sentimen pelabur kekal berhati-hati susulan laporan mengenai campur tangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Jepun bagi mengekang penyusutan mendadak nilai yen.

Ad Banner

Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI susut 2.08 mata kepada 1,722.82 daripada paras 1,724.90 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu dibuka meningkat 0.36 mata kepada 1,725.26 sebelum bergerak antara paras 1,719.47 dan 1,729.72 sepanjang sesi dagangan pagi.

Sentimen pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 474 berbanding 392, manakala 520 kaunter tidak berubah, 1,344 tidak diniagakan dan 20 digantung.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan sebanyak 1.49 bilion unit bernilai RM1.08 bilion.

Dalam kalangan pasaran serantau, Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan merosot 4.09 peratus kepada 6,325.51, Nikkei 225 Jepun susut 1.74 peratus kepada 63,240.51, Indeks Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.04 peratus kepada 25,864.34 dan Indeks Straits Times Singapura turun 0.32 peratus kepada 5,610.27.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM10.90, Public Bank naik satu sen kepada RM5.18 dan CIMB Group menambah dua sen kepada RM7.91, manakala Tenaga Nasional susut 12 sen kepada RM14.48 dan IHH Healthcare turun enam sen kepada RM8.29.

Dalam kalangan saham aktif, Malton tidak berubah pada 22.5 sen, Wasco meningkat 0.5 sen kepada 71 sen, Hextar Capital susut 0.5 sen kepada 16 sen, CelcomDigi merosot tujuh sen kepada RM2.91 dan OSK Holdings turun satu sen kepada RM1.97.

Saham paling untung pula diterajui Nestle yang melonjak RM1.80 kepada RM102.90, diikuti Malaysian Pacific Industries yang meningkat 98 sen kepada RM46.98, AmBank naik 23 sen kepada RM6.99, UWC menokok 15 sen kepada RM6.50 dan Mi Technovation menambah 13 sen kepada RM5.71.

Saham paling rugi didahului Fraser & Neave yang susut 44 sen kepada RM27.46, diikuti Bintulu Port Holdings yang turun 16 sen kepada RM5.34, Petronas Chemicals merosot 15 sen kepada RM4.63, Frontken Corporation berkurangan 11 sen kepada RM5.10 dan Dutch Lady Milk Industries susut 10 sen kepada RM32.

Mengikut indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 6.06 mata kepada 12,745.73, Indeks FBM Top 100 turun 8.86 mata kepada 12,576.25 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 29.88 mata kepada 12,566.41.

Bagaimanapun, Indeks FBM Mid 70 meningkat 14.22 mata kepada 18,150.01 dan Indeks FBM ACE menokok 14.46 mata kepada 4,989.14.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 47.49 mata kepada 20,375.13, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.61 mata kepada 187.13, Indeks Tenaga turun 0.77 mata kepada 764.95 dan Indeks Perladangan berkurangan 6.62 mata kepada 9,281.95.

-- BERNAMA