BERITA TERKINI   Piala FA: DPMM 0-2 JDT | Piala FA: Selangor 2-1 Kuching City | Anggota kabinet perlu melihat anjakan dasar utama yang diperlukan untuk mengukuhkan daya tahan negara, industri dan ekonomi – PM Anwar | Kerajaan menggalakkan syarikat tempatan merangka strategi jangka panjang bagi mengembangkan ekonomi negara tanpa meningkatkan import - Johari | Pemulihan gangguan aplikasi TuJu disasarkan selesai selewat-lewatnya pada 6 Nov - TuJu | 

Terdapat 502 berita berdasarkan kata kunci carian "kerajaan"

Kesaksamaan, Kepercayaan, Ketelusan Kunci Penerimaan Pembaharuan Fiskal -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kesaksamaan, kepercayaan dan ketelusan adalah kunci untuk mendapatkan penerimaan rakyat terhadap pembaharuan fiskal yang sukar, termasuk rasionalisasi subsidi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Positif Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan peningkatan dalam kebanyakan pasaran utama Asia susulan kenaikan saham teknologi di Wall Street dalam tempoh semalaman, walaupun hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi terus mengehadkan minat terhadap risiko.

Malaysia Perlu Pembaharuan Cukai Tangani Penyusutan Nisbah Cukai Kepada KDNK - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Malaysia memerlukan pembaharuan cukai bagi menangani penurunan struktur dalam nisbah hasil cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang menyusut kepada 12.7 peratus daripada 15 peratus pada 15 tahun lepas, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia Apurva Sanghi.

Dana Impak Khazanah Gerakkan Pelaburan RM2.6 Bilion Untuk Perkasa Syarikat Tempatan

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Dana Impak Khazanah Nasional Bhd telah menggerakkan pelaburan berjumlah RM2.6 bilion setakat 31 Disember, 2025, menyokong kira-kira 130 syarikat Malaysia dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia, serta lebih daripada 4,200 bakat.

Pulau Pinang Peroleh Pelaburan Teknologi Perubatan RM2.3 Bilion, Sedia Hampir 4,500 Kerja

GEORGE TOWN, 6 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang memperoleh pelaburan diluluskan sebanyak RM2.3 bilion dalam sektor teknologi perubatan dari 2021 hingga suku pertama 2026, melibatkan 40 projek dan mewujudkan hampir 4,500 peluang pekerjaan, kata Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.

Bacaan Kedua RUU Perbekalan 2027 Akan Dibentangkan Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jumaat ini, jam 3.30 petang.

Belanjawan 2027 Dibentang 3.30 Petang Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pembentangan Belanjawan 2027 yang bakal dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Jumaat ini, diawalkan kepada pukul 3.30 petang.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Momentum Positif Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan momentum positif Wall Street semalaman, memandangkan harga minyak yang terkawal susulan pemulihan eksport minyak mentah dari Asia Barat, mengimbangi trend penjualan berterusan dalam pasaran bon Perbendaharaan AS.

Kementerian Ekonomi Terima 9,955 Projek Baharu, Sambungan Berjumlah RM944 Bilion Bagi 2027

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi telah menerima sebanyak 9,955 bilangan projek baharu dan sambungan, dengan kos sebanyak RM944 bilion bagi 2027.

Zetrix AI Serah Cadangan Selesai Tunggakan RM314 Juta Kepada Kerajaan

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd memaklumkan telah menyerahkan satu cadangan penyelesaian kepada kerajaan untuk dipertimbangkan bagi menangani isu tunggakan serahan hasil kerajaan berjumlah RM314 juta.

Tawaran Aset Huluan US$9.6 Bilion Di Asia Tenggara – Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pasaran penggabungan dan pengambilalihan (M&A) huluan di Asia Tenggara sedang memasuki kitaran kompetitif, dengan aset huluan bernilai US$9.6 bilion (US$1= RM4.0845) ditawarkan untuk baki tahun ini hingga 2027 apabila pasaran perjanjian rantau ini beralih daripada pintu keluar bukan teras kepada kemasukan strategik.

Kontrak Pelengkap Belum Dimuktamad Punca Risiko Kelewatan Projek LCS - LKAN

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kelewatan memuktamadkan beberapa kontrak pelengkap Kapal Tempur Pesisir (LCS) mengakibatkan risiko kelewatan proses pembinaan LCS1 hingga LCS5, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.