BERITA TERKINI   Kerajaan lulus secara prinsip usul memperkasa Mahkamah Syariah, akan rujuk Majlis Raja-Raja- PM Anwar | Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar  | 

Kementerian Ekonomi Terima 9,955 Projek Baharu, Sambungan Berjumlah RM944 Bilion Bagi 2027

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi telah menerima sebanyak 9,955 bilangan projek baharu dan sambungan, dengan kos sebanyak RM944 bilion bagi 2027.

Menurut kementerian itu, keperluan siling pada 2027 sebanyak RM80.4 bilion untuk dipertimbangkan dalam perancangan pembangunan tahun 2027.

“Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), 2026–2030, kementerian dan agensi boleh mengemukakan permohonan bagi cadangan program dan projek pembangunan untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Ekonomi melalui proses Rolling Plan,” maklum kementerian itu menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen Malaysia hari ini.

Ad Banner

Kementerian itu memaklumkan demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi (GPS-Sri Aman) berkenaan mekanisme kerajaan memastikan setiap pengumuman projek pembangunan disertakan peruntukan, garis masa, sasaran pelaksanaan dan agensi bertanggungjawab yang jelas.

Dalam pada itu, Kementerian Ekonomi menyatakan sesi libat urus bersama kementerian, kerajaan negeri dan agensi berkaitan turut diadakan bagi memastikan senarai keutamaan projek adalah berdasarkan keperluan serta keupayaan pelaksanaan dan garis masa yang telah ditetapkan.

“Ini bagi memastikan projek yang akan diluluskan dapat dilaksanakan dengan teratur, dibelanjakan sepenuhnya pada tahun semasa, dan projek disiapkan mengikut jadual demi kesejahteraan rakyat, pembangunan negeri dan komuniti setempat.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Bagi memastikan projek yang telah diluluskan dapat dilaksanakan dengan segera, RMK13 menetapkan sasaran supaya tiada projek pembangunan yang masih belum dimulakan pada tahun kedua selepas kelulusan. Sasaran ini ditetapkan pada kadar sifar peratus menjelang 2030,” menurut kementerian itu.

-- BERNAMA