11hari ago
IPOH, 14 Okt (Bernama) -- Perak menyumbang sebanyak RM12.29 bilion atau 0.5 peratus daripada jumlah perdagangan negara dengan peningkatan sebanyak 7.6 peratus sepanjang Jan hingga Ogos tahun ini berbanding tempoh sama pada 2025.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Perniagaan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat pertengahan bakal menerima manfaat daripada jumlah rekod jaminan pinjaman dan pembiayaan sebanyak RM57 bilion di bawah Belanjawan 2027, kata ahli ekonomi dan pakar dasar Profesor Geoffrey Williams.
14hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Cadangan untuk menyambung jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang, iaitu sambungan rel KTM ke Thailand dan kemudahan sempadan yang berkaitan mesti dirancang sebagai satu sistem bagi memperkukuh kesalinghubungan rentas sempadan serta memudahkan perdagangan antara Malaysia dengan Thailand.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 bakal memperkukuh aspirasi Malaysia untuk membina ekonomi yang lebih produktif dan berdaya tahan, sambil memastikan kemajuan tersebut membawa manfaat bermakna kepada perniagaan dan isi rumah.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersetuju menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk mendapatkan sijil halal bagi kali pertama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
18hari ago
Oleh Christine Lim
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Umios Corporation, antara syarikat perikanan dan makanan terbesar di dunia, berhasrat mengembangkan operasinya di Malaysia menerusi pelaburan baharu yang akan melonjakkan perniagaan dalam segmen makanan untuk manusia serta haiwan peliharaan.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) melantik Hanisofian Alias sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Okt, 2026, selepas beliau berkhidmat sebagai CEO interim sejak Januari tahun ini.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- MIHAS 2026 mencatat prestasi kukuh sepanjang empat hari penganjurannya dari 23 hingga 26 September 2026, dengan merekodkan jumlah jualan sebanyak RM6.78 bilion, peningkatan RM730 juta atau 12.0 peratus berbanding RM6.05 bilion pada 2025.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kerajaan Pahang bersedia menjadikan negeri itu sebagai hab halal utama di Semenanjung Malaysia menerusi cadangan penjenamaan Pelabuhan Kuantan sebagai Pelabuhan Mesra Halal dengan memanfaatkan integrasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
29hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Pakistan merancang membawa syarikat swasta daripada sektor tekstil dan perbankan Islam untuk menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2027.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kinza, jenama minuman Arab Saudi, tidak berhasrat untuk bersaing dengan gergasi minuman terkemuka, sebaliknya menumpukan usaha untuk memahami keperluan dan jangkaan pengguna yang sentiasa berubah ketika ia meluaskan pasaran ke Asia Tenggara.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 merekodkan potensi jualan RM5.5 bilion setakat hari keempat penganjurannya, dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM6 bilion menjelang akhir pameran.