PMKS: Perkukuh Ekonomi Islam, Kerajaan Sedia Geran Padanan Sehingga RM5,000 Bagi Sijil Halal
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersetuju menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk mendapatkan sijil halal bagi kali pertama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata geran RM25,000 itu juga bertujuan memperkasa PMKS halal dalam bidang seperti kosmetik dan farmaseutikal.
Selain itu, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memilih Simpanan Shariah juga boleh membayar zakat terus daripada dividen, seiring kemudahan di Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Lembaga Tabung Haji.
Menyentuh sukuk, Perdana Menteri berkata Malaysia masih mengekalkan kedudukan sebagai antara pasaran sukuk terbesar di dunia.
"Bagi menggalakkan pembiayaan syariah lestari, penerbit Sukuk Prisma layak menerima potongan cukai atas kos penerbitan yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti bagi tahun taksiran 2027 hingga 2030.
"Geran yang diterima di bawah Skim Sukuk SRI (Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab) manakala Geran Bon pula diberi pengecualian cukai pendapatan mulai 1 Jan, 2027," kata beliau.
-- BERNAMA