Terdapat 954 berita berdasarkan kata kunci carian " at"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan berikutan penurunan baru-baru ini walaupun hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak meningkat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakan mata wang utama pada Jumaat, dalam pergerakan bercampur-campur dalam pasaran pertukaran asing global. 

EGH International Lancar Prospektus IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Firma perkhidmatan kelengkapan dalaman, EGH International Bhd (EGHI) melancarkan prospektusnya bersempena dengan tawaran awam permulaan (IPO) dan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 16 Oktober 2026. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Tamatkan Penurunan Lima Hari Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan penurunan lima hari berturut-turut untuk ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Khamis.

Infomina Dapat Kontrak Perkhidmatan Teknologi Bernilai RM62.65 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Infomina Bhd telah memperoleh kontrak RM62.65 juta untuk menyediakan perkhidmatan teknologi dan penyelenggaraan kepada institusi kewangan di Malaysia.

Core Proptech Catat Transaksi Hartanah Lebih RM158 Juta Dalam Tempoh 12 Bulan

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Syarikat teknologi hartanah, Core Proptech Sdn Bhd mencatat transaksi hartanah bernilai lebih RM158 juta daripada lebih 150 unit yang dijual sejak 12 bulan lepas.

Sabah Laksanakan Kedaulatan Penuh Ke Atas Projek Karbon, Hasil Negeri -- Arthur

KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Sabah akan melaksanakan kedaulatan penuhnya ke atas pembangunan projek-projek karbon serta kutipan hasil negeri itu, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Lonjakan AI Letakkan Malaysia Antara Enam Ekonomi APAC Atasi China - Moody’s Analytics

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia merupakan antara enam ekonomi utama Asia Pasifik (APAC) yang dijangka mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar lebih pantas berbanding China pada 2026, menurut Moody’s Analytics.

Rangkaian Rel, Tenaga Boleh Baharu Bantu Malaysia Tangani Kejutan Minyak Asia Barat

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pembinaan rangkaian rel yang komprehensif dan meningkatkan kapasiti boleh baharu dalam skala utiliti boleh menjadi penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan pendedahan Malaysia kepada kejutan tenaga luar, menurut Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.

Luno, Halogen Capital, Kenanga Investors Jalin Kerjasama Teroka Stablecoin Bersandarkan Ringgit

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Luno Malaysia Sdn Bhd telah membentuk kerjasama strategik dengan Halogen Capital Sdn Bhd dan Kenanga Investors Bhd untuk meneroka penggunaan stablecoin (mata wang kripto) bersandarkan ringgit dan berizab penuh (UMYR) sebagai instrumen penyelesaian dalam rantaian bagi dana pasaran wang bertoken.

Kenaikan Harga Minyak, Hasil Bon Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, diasak tekanan jualan sederhana yang berselang-seli dengan aktiviti pembelian ketika lonjakan harga minyak dan hasil bon global menjejaskan sentimen pelabur, kata penganalisis.

Sabah Tidak Tergesa-gesa Laksanakan Projek Pasaran Karbon - Ketua Menteri

KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah tidak akan membenarkan projek pasaran karbon yang tidak disemak dengan teliti untuk dipasarkan secara tergesa-gesa atau didagangkan berdasarkan spekulasi, walaupun terdapat peluang yang besar dalam sektor itu.