BERITA TERKINI   Tiga maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kota Tinggi, Johor petang ini - Bomba | Taman Tema Sunway komited untuk mengekalkan piawaian keselamatan tertinggi merentasi semua tarikan dan kemudahannya | Syarikat telah menyediakan bantuan dan sokongan perubatan yang diperlukan kepada tetamu yang terlibat serta keluarga mereka - Taman Tema Sunway | Taman Tema Sunway memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan selain menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut | Taman Tema Sunway mengesahkan insiden di Sunway Lagoon pada 22 Ogos, yang menjejaskan 10 tetamu | 

Terdapat 488 berita berdasarkan kata kunci carian " perniagaan"

BNM Kenakan Penalti Monetari Pentadbiran Terhadap Pacific Insurance, Wang S Enterprise

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP), masing-masing kepada The Pacific Insurance Bhd (TPIB) berikutan ketidakpatuhan berhubung Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Wang S Enterprise Sdn Bhd yang tidak mematuhi Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Midea, 99 Speedmart Bekerjasama Perluas Rangkaian Perkakas Rumah

SHAH ALAM, 29 Julai (Bernama) -- Pengeluar perkakas rumah pintar China, Midea Group (Midea) dan 99 Speed Mart Sdn Bhd (99 Speed Mart) hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk memperluaskan ketersediaan perkakas rumah berkualiti dan cekap tenaga di lebih 3,100 cawangan rangkaian runcit syarikat itu di seluruh negara.

F1 Kembali Peluang Keemasan Bangunkan Semula Ekosistem Sukan Permotoran Negara

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kembalinya perlumbaan Formula 1 (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) memberi peluang keemasan kepada Malaysia untuk membina semula ekosistem sukan permotoran negara, kata bekas pelumba F1 negara Alex Yoong.

CAAM Pertingkat Persiapan Menjelang Kembalinya F1 Ke Sepang

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menyeru semua pihak berkepentingan berkaitan termasuk operator lapangan terbang, syarikat penerbangan, operator pengendalian darat serta agensi kerajaan berkaitan supaya bekerjasama erat bagi memastikan pengurusan acara Formula 1 (F1) Grand Prix Gulf Air Bahrain yang akan kembali beraksi di Malaysia berjalan lancar.

CIMB Islamic Bank Dinobat Bank Islam Terbaik Dunia Di Euromoney Islamic Finance Awards 2026

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Bhd mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Bank Islam Terbaik Dunia pada Anugerah Euromoney Islamic Finance 2026, sekali gus menjadi bank Malaysia pertama menerima pengiktirafan global berprestij itu sejak anugerah berkenaan diperkenalkan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pelabur Berwaspada Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Zufazlin Baharuddin and Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) serta pengumuman keputusan kewangan syarikat teknologi utama AS.

Vaseehar Hassan Dilantik Sebagai Pengerusi AmanahRaya

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr Vaseehar Hassan Abdul Razack sebagai pengerusinya yang baharu.

Malaysia Perlu Momentum Pembaharuan Baharu Perkukuh Fiskal, Lonjak Produktiviti - OECD

PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia memerlukan momentum pembaharuan baharu untuk memperkukuh kemampanan fiskal, melonjakkan produktiviti dan menambah baik pendidikan bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang teguh dan berdaya tahan, menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Malaysia Kian Hampiri Ambang Negara Berpendapatan Tinggi Bank Dunia – Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia kini hanya 7.1 peratus di bawah ambang negara berpendapatan tinggi yang ditetapkan Bank Dunia susulan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

United Asiapac Energy Lancar IPO Pada Harga Terbitan 35 Sen Sesaham

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan minyak dan gas United Asiapac Energy Bhd melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada harga terbitan 35 sen sesaham, dengan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd dijadualkan pada 19 Ogos.

Untung Bersih Nestlé Malaysia Suku Kedua Naik Kepada RM155.01 Juta, Umum Dividen 80 Sen

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestlé (Malaysia) Bhd bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026 meningkat kepada RM155.01 juta daripada RM112.11 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.

Sime Darby Property Buat Program Sukuk Hijau Pusat Data RM2.6 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Platform New Economy Venture (NEV) Sime Darby Property Bhd, Sime Darby Property NEV (Holdings) Sdn Bhd (SDP NEV) telah melaksanakan program sukuk RM2.6 bilion untuk membiayai pembangunan pusat data bina pajakan selain beberapa aset logistik dan industri.