BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

FBM KLCI Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketika Pelabur Tumpu Saham Modal Kecil

Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Indeks penunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan lebih rendah pada Jumaat ketika aktiviti belian pelabur beralih kepada saham bermodal kecil, terutamanya kaunter teknologi dan pembinaan.

Pada 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.18 mata atau 0.54 peratus kepada 1,665.56 mata daripada paras penutup 1,674.74

Ad Banner

Indeks berkenaan memulakan dagangan hari ini dengan menokok 1.98 mata kepada 1,676.72 dan bergerak dalam julat 1,661.79 hingga 1,677.83 sepanjang sesi.

Sentimen pasaran bagaimanapun kekal positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 625 berbanding 564, sebanyak 505 tidak berubah manakala 1,172 tidak diniagakan dan 22 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 4.91 bilion unit bernilai RM4.87 bilion daripada 3.60 bilion unit bernilai RM3.25 bilion, semalam.

Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama Asia meningkat hari ini selepas harga minyak yang lebih rendah meredakan kebimbangan mengenai inflasi Amerika Syarikat (AS) manakala peningkatan diterajui oleh kaunter teknologi memulihkan sentimen Wall Street.

Di peringkat domestik, Thong berkata pasaran tempatan tidak dapat mengelak aktiviti jualan asing lebih ketara di serata pasaran sedang membangun ASEAN ketika pendirian Rizab Persekutuan AS yang cenderung menaikkan kadar faedah mendorong peningkatan hasil Perbendaharaan dan dolar AS, sekali gus menarik pelabur untuk mengutamakan aset mata wang negara maju berkenaan.

“Bagaimanapun, pelabur tempatan telah mengalihkan perhatian mereka kepada saham bermodal kecil, terutama dalam sektor teknologi dan pembinaan yang menyebabkan tebaran pasaran yang lebih kukuh walaupun FBM KLCI lemah.

“Dari sudut teknikal, FBM KLCI susut kepada 1,665 manakala Indeks Kekuatan Relatif (RSI) melebihi 30 yang menunjukkan penanda aras ini di wilayah terlebih jual,” katanya kepada Bernama.

Berikutan itu, keadaan ini boleh menarik aktiviti mendapatkan harga saham berharga rendah, namun momentum yang masih tidak menentu menyebabkan indeks berkenaan perlu mencapai semula tahap 1,670-1,675 untuk memberi isyarat bahawa tekanan jualan semakin berkurangan.

Paras sokongan seterusnya adalah dalam julat 1,650-1,655.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank turun empat sen kepada RM10.32, Public Bank susut tiga sen kepada RM4.77, CIMB berkurangan enam sen kepada RM7.63, Tenaga Nasional  menguncup 28 sen kepada RM13.04 dan IHH kehilangan lima sen kepada RM7.64.

Bagi saham paling aktif, Zetrix AI rugi 4.5 sen kepada 20 sen, AirAsia naik 2.5 sen kepada 53 sen, FBSM turun empat sen kepada 6.5 sen, Jaks Resources meraih 1.5 sen kepada 15.5 sen dan Top Glove inched merosot dua sen kepada 77.5 sen.

Kaunter paling untung diterajui oleh Malaysian Pacific Industries yang menokok RM2.70 pada RM42.80, Sunway Construction melonjak 76 sen kepada RM7.88, Time Dotcom meraih 49 sen kepada RM6.41, Petronas Gas menokok 34 sen kepada RM17.50 dan QL Resources menambah 33 sen kepada RM4.19.

Sebaliknya kaunter paling rugi menyaksikan Petronas Dagangan turun RM1 kepada RM20.08, Nestle merosot 94 sen kepada RM89.58, Hong Leong Bank menguncup 56 sen kepada RM22.54, PPB susut 35 sen kepada RM9.36 dan KLCCP Stapled rugi 28 sen kepada RM8.31.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas berkurangan 3.01 mata kepada 12,411.72, Indeks FBM Top 100 turun 8.57 mata kepada 12,210.37 manakala Indeks FBM ACE melonjak 48.15 mata kepada 5,244.60.

Indeks FBM Mid 70 melonjak 236.78 mata kepada 17,844.02 manakala Indeks FBM Emas Shariah meraih 38.12 mata kepada 12,311.99.

Bag sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.38 mata kepada 185.24, Indeks Tenaga meraih 5.48 mata kepada 820.62, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 123.28 mata kepada 19,412.63 dan Indeks Perladangan jatuh 10.84 mata kepada 9,496.44.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 3.49 bilion unit bernilai RM4.55 bilion daripada 2.19 bilion unit bernilai RM2.95 bilion, semalam.

Waran meningkat kepada 925.95 juta unit bernilai RM131.87 juta daripada 866.66 juta unit bernilai RM108.88 juta sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan berkurangan kepada 498.28 juta unit bernilai RM195.96 juta daripada 541.67 juta unit bernilai RM192.18 juta, semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 527.84 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (317.88 juta), pembinaan (230.64 juta), teknologi (1.44 bilion), perkhidmatan kewangan (129.61 juta), hartanah (230.97 juta), perladangan (64.85 juta), amanah pelaburan hartanah (66.75 juta), dana tertutup (38,200), tenaga (112.55 juta), penjagaan kesihatan (183.60 juta), telekomunikasi dan media (45.26 juta), pengangkutan dan logistik (48.57 juta), utiliti (90.51 juta), dan amanah perniagaan (67,900).

-- BERNAMA