Terdapat 1320 berita berdasarkan kata kunci carian "s"

Industri Sawit Malaysia Perlu Seimbangkan Aspek Mampan, Untung – MPOA

BANGKOK, 13 Okt (Bernama) -- Sektor industri minyak sawit Malaysia perlu bertindak menseimbangkan aspek kemampanan dengan keuntungan serta pertumbuhan jangka panjang selain memastikan kos pematuhan yang kian meningkat tidak membebankan pekebun kecil.

Bahagian IPO NWE Resources Bagi Orang Awam Terlebih Langganan 2.82 Kali

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bahagian tawaran awam permulaan (IPO) NWE Resources Group Bhd (NWE Resources) yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia terlebih langganan sebanyak 2.82 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia. 

Eksport Semikonduktor Malaysia Ke AS Kekal Dikecualikan Daripada Tarif - Johari

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia terus menikmati pengecualian tarif bagi eksport semikonduktornya ke Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

FIMM Tegur Dua Bekas Perunding Skim Unit Amanah Kerana Salah Laku

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) baru-baru ini telah memberi teguran kepada dua bekas perunding skim amanah unit (UTS) atas salah laku atau pelanggaran Kod Etika FIMM.

Kelington Dapat Kontrak Fasiliti Penstoran Data RM128 Juta Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Kelington Group Bhd, Kelington Technologies Sdn Bhd (KTSB) telah memperoleh kontrak RM128 juta untuk mereka bentuk dan membina penjanaan air serta sistem rawatan air sisa bagi fasiliti pembuatan penstoran data termaju di Kuching, Sarawak.

Harga MSM Dijangka Dalam Julat RM4,400 Hingga RM4,600 Satu Tan Susulan El Nino

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tertekan akibat paras stok yang tinggi dan corak pengeluaran bermusim, dengan kemungkinan berlaku fenomena El Niño akan menyokong harga pada 2027, menurut firma penyelidikan.

Korporat Malaysia Diseru Guna Peluang Dalam Belanjawan 2027 Untuk Transformasi

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Korporat Malaysia diseru untuk memanfaatkan peluang di bawah Belanjawan 2027 bagi meningkatkan pelaburan, produktiviti, perniagaan yang lebih mampan dan berdaya saing, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY).

Labuan IBFC Naik 11 Anak Tangga Ke Kedudukan 44 Indeks Pusat Kewangan Global

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) melonjak 11 anak tangga ke kedudukan 44 daripada 117 pusat kewangan global dalam Indeks Pusat Kewangan Global (GFCI 40) terkini.

IOI Properties Masih Menilai Potensi Penyenaraian Di SGX

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd memaklumkan pihak pengurusannya masih menilai inisiatif pasaran modal yang berpotensi, termasuk penyenaraian sekunder di Bursa Singapura (SGX), tetapi tiada cadangan rasmi dikemukakan kepada lembaga pengarah untuk dipertimbangkan.

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter perbankan dan tenaga.

S P Setia Sambut Baik Langkah Belanjawan 2027 Sokong Pemilikan Rumah, Pertumbuhan Johor

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- S P Setia Bhd menyambut baik langkah dalam Belanjawan 2027 yang menyokong pemilikan rumah, pelaburan, pembangunan mampan serta daya tahan ekosistem pembinaan negara.

Belanjawan 2027: Pertumbuhan Gaji Bergantung Pada Produktiviti, Pelaburan - CIMB

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan gaji susulan Belanjawan 2027 perlu disokong peningkatan produktiviti, pelaburan perniagaan dan penggunaan teknologi bagi mengekalkan daya saing serta mewujudkan pekerjaan berkualiti, menurut CIMB Treasury and Markets Research.