BERITA TERKINI   Mesej tular gangguan bekalan elektrik selama dua minggu di Pantai Timur Sabah adalah palsu - Sabah Electricity | Bekalan elektrik berjaya dipulihkan di beberapa kawasan Sandakan, Lahad Datu dan Kunak - Sabah Electricity | ACL2: Kuching City FC 3-0 Phnom Penh Crown FC | Polis buka kertas siasatan hantaran Facebook Tony Pua, ahli Parlimen Kota Melaka - KPN | Catuan bekalan elektrik dilaksana berikutan keupayaan penjanaan bekalan elektrik setempat terhad - Sabah Electricity | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi asas pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2026 naik 21 mata kepada 1,583.50, Disember 2026 meningkat 20.5 mata kepada 1,578.50, Mac 2027 melonjak 19.5 mata kepada 1,561.0 dan Jun 2027 menokok 13 mata kepada 1,551.0.

Jumlah dagangan susut kepada 75,629 lot daripada 86,668 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 120,637 kontrak daripada 122,934 kontrak.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak sebanyak 8.69 mata kepada 1,570.98 daripada paras penutup 1,562.29 pada Rabu.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner