BERITA TERKINI   Mesej tular gangguan bekalan elektrik selama dua minggu di Pantai Timur Sabah adalah palsu - Sabah Electricity | Bekalan elektrik berjaya dipulihkan di beberapa kawasan Sandakan, Lahad Datu dan Kunak - Sabah Electricity | ACL2: Kuching City FC 3-0 Phnom Penh Crown FC | Polis buka kertas siasatan hantaran Facebook Tony Pua, ahli Parlimen Kota Melaka - KPN | Catuan bekalan elektrik dilaksana berikutan keupayaan penjanaan bekalan elektrik setempat terhad - Sabah Electricity | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Seiring Kenaikan COMEX

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2026 meningkat kepada US$3,571.5 setiap auns troy berbanding US$3,525.5 ketika ditutup pada Rabu, manakala kontrak Disember 2026 mengukuh kepada US$3,586.1 daripada US$3,540.1.

Kontrak Januari 2027 menokok kepada US$3,587.2 daripada US$3,541.2, manakala kontrak Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 masing-masing mengukuh kepada US$3,615.1 berbanding US$3,569.1 sebelumnya. 

Ad Banner

Jumlah dagangan merosot kepada 87 lot daripada 213 lot ketika ditutup pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 130 kontrak daripada 249 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$3,466.35 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 25 November 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner