4hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham mewah terpilih selepas kebimbangan berkaitan krisis Asia Barat mereda di tengah-tengah penurunan harga minyak.
4hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin dalam keadaan sentimen pasaran bertambah baik berikutan harga minyak menyusut susulan perkembangan terkini yang menawarkan momentum baharu kepada rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.
4hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini di tengah-tengah pergerakan bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- AirAsia Malaysia telah berjaya memperbaharui Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang sah sehingga 30 September 2029.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-22 yang akan membuka tirainya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Rabu ini dijangka menarik 50,000 pengunjung dari 45 negara.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik 51 peratus Southern Score Builders Bhd iaitu SJEE Engineering Sdn Bhd (SJEE) memperoleh subkontrak bernilai RM40 juta daripada sebuah syarikat pembinaan tempatan bagi kerja-kerja elektrik untuk projek pusat data di Nilai, Negeri Sembilan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 seharusnya mengekalkan dasar perbelanjaan yang menyokong pertumbuhan selain mengekalkan konsolidasi fiskal secara bertahap, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Industri automotif Malaysia merekodkan penurunan tiga peratus dari bulan ke bulan dalam jumlah volum industri (TIV) kepada 71,428 unit pada Ogos 2026 tetapi momentum jualan dijangka kekal positif untuk separuh kedua tahun ini.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan getah Malaysia dijangka menaikkan harga sebanyak US$2.00-US$2.50 setiap karton pada Oktober, dengan satu lagi kenaikan dijangka pada November jika kos lateks nitril terus meningkat, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
4hari ago
Daripada Harlina Samson
SHANGHAI, 21 Sept (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Shanghai dan Hangzhou bermula Selasa bertujuan untuk memperkukuh hubungan ekonomi, memajukan rangka kerja perdagangan digital serta menekankan mengenai kepentingan pembangunan bakat teknikal.
4hari ago
Oleh Kamarul Halim M Kamal
SEGAMAT, 21 Sept (Bernama) -- Syarikat penyedia perkhidmatan logistik dan pengangkutan Infinity Logistics & Transport Sdn Bhd bercadang membangunkan sebuah mini pelabuhan darat menggunakan landasan sisi di Stesen Kereta Api Mengkibol, Kluang bagi memenuhi keperluan pengangkutan kargo berasaskan rel di kawasan tengah dan timur Johor.