BERITA TERKINI   Syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi dikenakan kepada pengendalli institusi pendidikan swasta (IPS) - KPM | Lelaki ditahan disyaki campak anak saudaranya berusia lima tahun ke dalam sungai di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor - Polis | Kanak-kanak perempuan lima tahun ditemukan maut dipercayai dicampak ke sungai di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. - Polis | Pada 6 petang ini, ringgit mengukuh kepada 4.0755/4.0800 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada 4.0795/0840 pada Jumaat lepas | 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Pasaran Lebih Baik

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin dalam keadaan sentimen pasaran bertambah baik berikutan harga minyak menyusut susulan perkembangan terkini yang menawarkan momentum baharu kepada rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.0755/4.0800 berbanding dolar AS daripada 4.0795/4.0840 semasa ditutup pada Jumaat.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran bertambah baik berikutan petunjuk bahawa Presiden AS Donald Trump dijangka bertemu Presiden Iran Masoud Pezeshkian di luar persidangan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini.

"Sentimen pasaran semakin baik sekali gus mendorong pengukuhan mata wang pasaran pesat membangun termasuk ringgit," katanya kepada Bernama.

Pada akhir dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ad Banner

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.6783/6834 daripada 4.6849/6901 semasa ditutup pada Jumaat dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4542/4603 daripada 5.4543/4603. 

Bagaimanapun ringgit menyusut berbanding yen Jepun kepada 2.5916/5946 daripada 2.5829/5860 sebelumnya.

Unit tempatan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.49/6.50 daripada 6.50/6.51 pada akhir minggu lepas dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 228.3/228.6 daripada 229.7/230.0.

Bagaimanapun, ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.1950/1987 daripada 3.1933/1971 semasa ditutup pada Jumaat dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.2450/2637 daripada 12.2383/2562 sebelumnya.

-- BERNAMA