BERITA TERKINI   Syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi dikenakan kepada pengendalli institusi pendidikan swasta (IPS) - KPM | Lelaki ditahan disyaki campak anak saudaranya berusia lima tahun ke dalam sungai di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor - Polis | Kanak-kanak perempuan lima tahun ditemukan maut dipercayai dicampak ke sungai di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. - Polis | Pada 6 petang ini, ringgit mengukuh kepada 4.0755/4.0800 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada 4.0795/0840 pada Jumaat lepas | 

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham mewah terpilih selepas kebimbangan berkaitan krisis Asia Barat mereda di tengah-tengah penurunan harga minyak.

Pada 5 petang ini, indeks penunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok sebanyak 1.38 mata atau 0.08 peratus kepada 1,666.94 mata berbanding paras penutup 1,665.56 mata pada Jumaat lepas.

Ad Banner

Indeks penanda aras itu dibuka 1.36 mata lebih rendah pada 1,664.20 mata dan bergerak dalam julat 1,661.22 hingga 1,674.74 mata sepanjang sesi dagangan.

Pergerakan pasaran hampir seimbang dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 559 berbanding 548, sebanyak 475 kaunter tidak berubah, 1,300 kaunter tidak didagangkan dan 20 kaunter digantung dagangannya.

Jumlah dagangan susut kepada 3.41 bilion unit bernilai RM2.8 bilion berbanding 4.91 bilion unit bernilai RM4.87 bilion pada Jumaat lepas.

Ad Banner

Ketua Penyelidikan Berjaya Research Sdn Bhd Kenneth Leong berkata beliau menjangkakan FBM KLCI bagi mencari kestabilan dengan sebarang kenaikan selanjutnya dijangka terhad di tengah-tengah ketidakpastian luaran berterusan.

Ini terutamanya hasil bon AS yang tinggi, ketegangan berterusan di Asia Barat dan jangkaan pengukuhan Rizab Persekutuan AS seterusnya.

“Pelabur berkemungkinan akan tetap dengan pendirian memilih mereka dan indeks berpotensi mencatat konsolidasi dalam jangka masa terdekat sementara menunggu pemangkin baharu domestik dan global,” katanya kepada Bernama.

Dari sudut teknikal, Leong menyifatkan indeks utama berkenaan membentuk corak “candlestick” atau pergerakan saham yang menaik walaupun berpotensi memasuki fasa konsolidasi.

“Berikutan itu, tahap rintangan segera kekal pada 1,687 mata dan diikuti oleh 1,700 mata manakala paras sokongan kini pada 1,655 mata dan 1,650 mata,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pembetulan teknikal baru-baru ini berkemungkinan menggalakkan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah.

Bagaimanapun, kekurangan pemangkin domestik baharu dan kebimbangan berterusan mengenai peningkatan hasil Perbendaharaan AS dijangka mengehadkan pemulihan yang berterusan dalam jangka masa terdekat.

“Dagangan baru-baru ini juga menunjukkan pelabur mula mengalihkan sebahagian tumpuan daripada saham modal besar yang menjadi penyumbang utama kepada indeks saham bermodal kecil manakala sentimen terhadap pasaran secara keseluruhannya kekal bercampur-campur.

“Kami menjangkakan FBM KLCI akan kekal dalam keadaan mengukuh pada minggu ini berikutan ketiadaan pemangkin baharu,” katanya.

Thong juga menjangkakan pelabur kekal selektif sambil memantau perkembangan berkaitan sidang kemuncak AS-China, pergerakan harga minyak mentah serta hasil Perbendaharaan AS.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank untung enam sen kepada RM10.38, Public Bank dan CIMB masing-masing meraih dua sen kepada RM4.79 dan RM7.65, Tenaga Nasional tidak berubah pada RM13.04 manakala IHH Healthcare susut satu sen kepada RM7.63.

Bagi kaunter paling aktif,  Zetrix AI dan AirAsia masing-masing tidak berubah pada 20 sen dan 53 sen manakala Jaks Resources naik 1.5 sen kepada 17 sen, FSBM menokok tiga sen kepada 9.5 sen dan HHRG susut setengah sen kepada 16.5 sen.

Kaunter paling untung didahului Hengyuan Refining meraih RM1 kepada RM4.34 manakala Samaiden meningkat 43 sen kepada RM2.38, Hong Leong Bank melonjak 38 sen kepada RM22.92, Solarvest menokok 36 sen kepada RM3.69 dan Petron Malaysia melonjak 33 sen kepada RM3.79.

Sebaliknya, kaunter paling rugi menyaksikan Malaysian Pacific Industries susut 86 sen kepada RM41.94, Time Dotcom turun 47 sen kepada RM5.94 manakala Sunway Construction merosot 42 sen kepada RM7.46, QL Resources turun 24 sen kepada RM3.95 dan Press Metal Aluminium susut 22 sen kepada RM7.58.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas susut 13.11 mata kepada 12,398.61 dan Indeks FBM Top 100 turun 19.93 mata kepada 12,190.44.

Indeks FBM70 merosot 154.88 mata kepada 17,689.14, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 75.23 mata kepada 12,236.76 namun Indeks FBM ACE meningkat 71.83 mata kepada 5,316.43.

Bagi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 1.74 mata kepada 183.50, dan Indeks Tenaga meningkat 24.81 mata kepada 845.43, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 78.83 mata kepada 19,491.46 dan Indeks Perladangan berkurangan 85.95 mata kepada 9,410.49.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 1.70 bilion unit bernilai RM2.18 bilion daripada 3.49 bilion unit yang bernilai RM4.55 bilion pada Jumaat lepas.

Waran pula mencatat penurunan 751.17 juta unit bernilai RM120.39 juta daripada 925.95 juta unit yang bernilai RM131.87 juta sebelumnya.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan berkurangan kepada 478.26 juta unit bernilai RM189.93 juta daripada 498.28 juta unit yang bernilai RM195.96 juta pada hari Jumaat.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 280.40 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (214.88 juta saham), pembinaan (212.04 juta saham), teknologi (501.32 juta saham), perkhidmatan kewangan (46.07 juta saham), hartanah (107.96 juta saham), perladangan (24.31 juta saham), amanah pelaburan hartanah (9.51 juta saham), dana tertutup (44,100 saham), tenaga (109.17 juta saham), penjagaan kesihatan (67.13 juta saham), telekomunikasi dan media (16.58 juta saham), pengangkutan dan logistik (33.82 juta saham), utiliti (82.43 juta saham) serta amanah perniagaan (16,000 saham).

-- BERNAMA