BERITA TERKINI   Syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi dikenakan kepada pengendalli institusi pendidikan swasta (IPS) - KPM | Lelaki ditahan disyaki campak anak saudaranya berusia lima tahun ke dalam sungai di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor - Polis | Kanak-kanak perempuan lima tahun ditemukan maut dipercayai dicampak ke sungai di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. - Polis | Pada 6 petang ini, ringgit mengukuh kepada 4.0755/4.0800 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada 4.0795/0840 pada Jumaat lepas | 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini di tengah-tengah pergerakan bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata isyarat rundingan perdagangan yang positif antara Amerika Syarikat (AS)-China, usaha China untuk memperkukuhkan sektor pembuatan termaju dan risiko bekalan yang berterusan akibat fenomena El Niño telah memberikan sokongan kepada harga getah asli. 

Ad Banner

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh harga minyak mentah yang lebih rendah dan nilai ringgit yang sedikit lebih kukuh berbanding dolar AS.

“Aktiviti pembuatan AS yang lebih lemah dan ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat turut menjejaskan sentimen pasaran,” katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent pula menyifatkan rundingan terbaharu dengan China sebagai berjaya, menjelang pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping yang dijangka berlangsung minggu ini. 

Ad Banner

“AS dan China sedang berbincang mengenai pengurangan tarif ke atas barangan bernilai kira-kira US$30 bilion, sekali gus meningkatkan harapan untuk meredakan ketegangan perdagangan dan menyokong aktiviti ekonomi global,” katanya. 

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat lima sen kepada 982.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik satu sen kepada 718 sen sekilogram. 

-- BERNAMA