Terdapat 774 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa malaysia"

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Sept  (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, dengan kecenderungan menurun sedikit disebabkan aktiviti pengambilan untung.

Minat Buru Saham Harga Rendah Dijangka Pacu Bursa Malaysia Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah pada minggu depan dengan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diunjur bergerak dalam julat 1,660 hingga 1,690, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Tarik Minat Aktiviti Belian Saham Murah Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka menarik minat aktiviti pembelian saham murah minggu depan, didorong oleh lanjutan genjatan perdagangan Amerika Syarikat-China bagi tempoh dua bulan lagi.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Antara US$4,200 Hingga US$4,400 Minggu Hadapan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif mungkin didagangkan antara US$4,200 hingga US$4,400 setiap auns troy minggu hadapan, dengan harga minyak, hasil bon dan dolar US dijangka mempengaruhi arah pasaran.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Peningkatan Stok Minyak Sawit

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi oleh jangkaan peningkatan stok minyak sawit.

Tiada Perjanjian Muktamad Projek Cress Bernilai RM800 Juta Setakat Ini -- Northern Solar

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd hari ini memaklumkan tiada sebarang perjanjian muktamad yang dimeterai membabitkan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) yang dilaporkan bernilai RM800 juta.

Anak Syarikat Favelle Favco Raih Kontrak Kren Luar Pesisir Bernilai RM88.8 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Sept  (Bernama) -- Favelle Favco Bhd (FFB), melalui anak syarikatnya, Favelle Favco Cranes (M) Sdn Bhd, meraih kontrak bernilai RM88.8 juta daripada Saipem Offshore Construction SPA, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd dan OceanMight Sdn Bhd untuk membekalkan kren luar pesisir.

Bursa Malaysia Ditutup Mendatar Susulan Kebimbangan Terhadap Hasil Bon AS, Ketegangan Asia Barat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup mendatar pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Pada Jumaat

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.

Kinergy Advancement Cadang Penempatan Persendirian Untuk Kumpul RM79.75 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd telah mencadangkan penempatan persendirian sehingga 218.49 juta saham baharu, mewakili 10 peratus daripada saham terbitannya untuk mengumpul hasil kasar sehingga RM79.75 juta.

Hasil MGS Dijangka Kekal Stabil Menjelang Makluman Data Penting Minggu Depan -- Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) secara amnya kekal stabil dan mencatat pergerakan dalam julat kecil menjelang pengumuman data ekonomi penting pada minggu depan.

Anak Syarikat Vantris Energy Peroleh Kontrak Kerja Luar Pesisir Bernilai RM1.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh secara langsung Vantris Energy Bhd (Vantris Energy), iaitu VTEB Offshore Sdn Bhd (VOSB) memperoleh dua pesanan kerja pemasangan dan pengangkutan (T&I) luar pesisir dengan nilai gabungan kira-kira RM1.8 bilion.