BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong titah pihak berkuasa, sektor swasta dan masyarakat nilai kesan pembangunan pusat data terhadap alam sekitar | PRN Melaka: 9.24 peratus pengundi keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | PRN Melaka: Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh selesai mengundi di SK Jeram, Masjid Tanah pada 8.38 pagi | PRN Melaka: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim selesai mengundi di SK Demang Hussin, Bukit Katil | PRN Melaka: Semua 240 pusat mengundi dibuka tepat 8 pagi ini, cuaca baik di seluruh negeri | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Jumaat.

Pada akhir dagangan, kontrak November 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut 3.5 mata kepada 1,579.5 dan 1,580.0, Mac 2027 menurun 3.0 mata kepada 1,563.0 manakala Jun 2027 kekal tidak berubah pada 1,565.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 9,711 lot daripada 10,337 lot semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada 43,006 kontrak daripada 43,273 kontrak sebelum ini.

Ad Banner
Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 3.37 mata kepada 1,582.59 daripada 1,585.96 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner