BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong titah pihak berkuasa, sektor swasta dan masyarakat nilai kesan pembangunan pusat data terhadap alam sekitar | PRN Melaka: 9.24 peratus pengundi keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | PRN Melaka: Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh selesai mengundi di SK Jeram, Masjid Tanah pada 8.38 pagi | PRN Melaka: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim selesai mengundi di SK Demang Hussin, Bukit Katil | PRN Melaka: Semua 240 pusat mengundi dibuka tepat 8 pagi ini, cuaca baik di seluruh negeri | 

Zetrix AI Cadang Pengasingan Kutipan Dan Bayaran Sekali Gus Untuk Selesaikan Tunggakan JPJ

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Zetrix AI Bhd telah mencadangkan untuk mengasingkan semua kutipan masa depan dan membuat beberapa pembayaran sekali gus dalam tempoh masa yang singkat bagi menyelesaikan jumlah tertunggak kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini memaklumkan bahawa cadanga itu kini sedang dinilai oleh kerajaan.

Strategi pembayaran balik berstruktur ini dibuat susulan penggantungan perkhidmatan kumpulan Zetrix AI sebagai ejen kutipan bagi pihak JPJ.

Ad Banner
Ad Banner

Menurut Zetrix AI, kumpulan tersebut sedang dalam proses menjimatkan tunai bagi melaksanakan pembayaran sekali gus untuk menyelesaikan jumlah kiriman wang yang tertunggak.

“Langkah-langkah ini mungkin termasuk menangguhkan beberapa projek pembangunan yang bertujuan memacu pertumbuhan organik pada masa depan serta membatalkan pembayaran dividen interim bagi tahun 2026,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Zetrix AI menyatakan bahawa penggantungan tersebut dijangka menyebabkan penurunan hasil syarikat sebanyak kira-kira 15 peratus, berdasarkan sumbangan daripada JPJ sehingga 31 Disember, 2025.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Perkara berkenaan akan memberi kesan secara langsung terhadap keuntungan syarikat, menurut kenyataan itu lagi.

Menurut syarikat itu kesan tidak langsung daripada penggantungan tersebut bagi dua suku tahun akan datang belum dapat ditentukan pada masa ini.

“Pada masa sama, akibat daripada penggantungan ini, syarikat sedang melakukan penyelarasan saiz operasi dengan mengurangkan pusat e-perkhidmatan fizikalnya,” menurut syarikat itu.

-- BERNAMA