BERITA TERKINI   Kerajaan perlu cari RM40 bilion setahun tanggung subsidi minyak - PM Anwar | PRN Melaka: Beri PH peluang, pentadbiran negeri perlu selari dengan persekutuan - PM Anwar | Kemenangan calon Muslim di Senat AS bukti demokrasi tanpa perkauman - PM Anwar | Konflik di Gaza menjadi antara isu utama yang akan disuarakan Malaysia pada TRT World Forum 2026 esok - Ahmad Zahid | Tindakan Presiden PAS label CSA sebagai ‘pendekatan dajal’ tidak kena, jangan main soal agama - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Pengukuhan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan pengukuhan dalam prestasi pasaran tunai.

Pada penutupan, kontrak November 2026 dan Mac 2027 masing-masing meningkat 12.5 mata kepada 1,642.0 serta 1,626.0; Disember 2026 menokok 11.0 mata kepada 1,642.0,dan Jun 2027 naik 7.0 mata kepada 1,624.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 9,375 lot berbanding 6,518 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 46,093 kontrak daripada 42,838 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner

 Pada 5 petang, FBM KLCI naik 19.30 mata, atau 1.19 peratus kepada 1,635.86 daripada 1,616.56.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner