BERITA TERKINI   Kerajaan wajibkan fasiliti kitar semula di semua pusat membeli-belah mulai bulan ini - KPKT | Kerajaan benarkan pengunaan dana Program Berimpak Tinggi sehingga RM50 juta untuk TVET 2.0 - PM Anwar | Badan latihan penyelidikan kerajaan wajib beri latihan bidang baharu kepada pelajar TVET terpilih mulai Julai - PM Anwar | PM Anwar galak syarikat swasta beri latihan khas, bantuan kepada pelajar TVET | TVET Malaysia penanda aras di rantau ASEAN - PM Anwar | 

Terdapat 119 berita berdasarkan kata kunci carian "bursa malaysia"

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Mingu Depan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil disebabkan pelabur menilai perkembangan di Asia Barat, pengumuman data ekonomi utama dari Amerika Syarikat (AS) dan China dan hala tuju aliran dana asing.

Bursa Malaysia Dijangka Uji Semula Paras 1,700

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka menguji semula paras 1,700 dan diunurkan dalam julat antara 1,710 hingga 1,715 pada minggu depan, disokong oleh selera risiko yang semakin baik serta penilaian menarik dalam kalangan saham mewah Malaysia terpilih.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Pada US$4,400 Hingga US$4,500 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat US$4,400 hingga US$4,500 bagi setiap auns troy pada minggu depan.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Menurun Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan, dipengaruhi harga minyak mentah yang lebih lemah dan sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang laporan penting daripada industri.

Well Chip Akan Kumpul Terbitan Hak Boleh Lepas Sehingga RM120 Juta Untuk Pengembangan Pajak Gadai

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Well Chip Group Bhd akan melaksanakan terbitan hak boleh lepas sehingga 120 juta saham baharu dalam syarikat itu untuk membiayai pengembangan rangkaian kedai pajak gadai baharu dan modal kerja.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Harga Minyak Soya CBOT

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat dipengaruhi oleh kelemahan berterusan dalam niaga hadapan minyak soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Susut Berikutan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan pasaran COMEX AS yang lemah selepas para pelabur mula mengambil untung.

IPO Elsa Terlebih Langgan 27 Kali Menjelang Penyenaraian Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) penyedia perkhidmatan serta penyelesaian peralatan minyak dan gas bersepadu Elsa Bhd terlebih langganan sebanyak 27 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia yang dijadualkan pada 16 Jun, 2026.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi, Seiring Kenaikan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, mencerminkan prestasi pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Belian Saham Berharga Rendah Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran meningkat 0.60 peratus disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau.

Khazanah, GLIC Perlu Terus Kenal Pasti Syarikat Seperti Skyechip Untuk Perkukuh Penerajuan Malaysia

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) lain perlu terus mengenal pasti lebih banyak syarikat berpotensi tinggi seperti SkyeChip Bhd untuk memperkukuh kedudukan Malaysia dalam sektor teknologi pertumbuhan tinggi.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan kukuh hari ini, disokong aktiviti belian berterusan saham wajaran tinggi, khususnya kaunter produk dan perkhidmatan pengguna serta perladangan.