BERITA TERKINI   Kerajaan perlu cari RM40 bilion setahun tanggung subsidi minyak - PM Anwar | PRN Melaka: Beri PH peluang, pentadbiran negeri perlu selari dengan persekutuan - PM Anwar | Kemenangan calon Muslim di Senat AS bukti demokrasi tanpa perkauman - PM Anwar | Konflik di Gaza menjadi antara isu utama yang akan disuarakan Malaysia pada TRT World Forum 2026 esok - Ahmad Zahid | Tindakan Presiden PAS label CSA sebagai ‘pendekatan dajal’ tidak kena, jangan main soal agama - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Teruskan Kenaikan Bagi Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk hari ketiga berturut-turut pada Khamis, apabila selera risiko yang lebih baik menyokong sentimen pasaran.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur sedang mengumpul tunai untuk menampung kerugian dan panggilan margin di pasaran lain, sekali gus mengurangkan tekanan jualan paksa terhadap logam berharga itu.

Ad Banner
Ad Banner

“Dengan indeks utama menunjukkan prestasi lebih baik, tekanan penjualan itu semakin reda, sekali gus membolehkan emas mendapat manfaat daripada penurunan hasil bon dan harga minyak.

“Secara teknikalnya, paras US$4,082 yang berjaya ditembusi merupakan perkembangan penting dalam jangka pendek, tetapi apa yang lebih menarik adalah bagaimana keadaan ini berlaku. Perkembangan ini lebih banyak dipengaruhi oleh jangkaan inflasi, dasar monetari dan pengurangan tekanan jualan paksa,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Innes berkata emas pada akhirnya memerlukan sokongan daripada Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) untuk meneruskan kenaikan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Jika penggubal dasar meneruskan kenaikan kadar faedah pada Disember, langkah itu boleh mengehadkan kenaikan harga emas, terutamanya jika dolar AS kekal agak kukuh.

“Buat masa ini, gabungan penurunan harga minyak, hasil bon yang lebih rendah dan pasaran ekuiti yang lebih kukuh telah memberi ruang kepada harga emas untuk kembali meningkat,” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2026 meningkat kepada US$4,140.80 setiap auns troy daripada US$4,058.90 ketika ditutup semalam, manakala Disember 2026 menambah kepada US$4,156 setiap auns troy daripada US$4,074.10 sebelumnya.

Kontrak Januari 2027, Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 masing-masing menokok kepada US$4,157.10 setiap auns troy daripada US$4,075.20 ketika ditutup pada Rabu.

Jumlah dagangan merosot kepada 165 lot daripada 211 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 220 kontrak daripada 268 kontrak.

Harga Emas fizikal berada pada US$4,037.80 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 4 Nov, 2026.

-- BERNAMA