BERITA TERKINI   Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca senjata api buatan sendiri ‘Ginsok’ di Sook Sabtu lepas - Ketua Polis Daerah Keningau | Polis rampas 42 laras senapang angin, 456 kotak kecil peluru serta tahan lelaki 50 tahun dalam operasi di Sook semalam - Ketua Polis Daerah Keningau | Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | 

Belanjawan 2027: Galakan Cukai, Duti Setem Disemak Semula Untuk Tingkat Jumlah Kapal Tempatan

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Galakan cukai bagi syarikat perkapalan Malaysia dicadangkan agar disemak semula bagi menyumbang kepada pertambahan jumlah kapal tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap kapal asing serta menambah aliran masuk pendapatan fret kapal dalam tempoh jangka panjang.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya kepada syarikat perkapalan Malaysia tertakluk kepada pengurusan strategik dan kawalan efektif dilaksanakan di negara ini serta perbelanjaan operasi tahunan sekurang-kurangnya RM250,000 bagi setiap kapal tempatan.

“Di samping itu, penggajian sekurang-kurangnya empat orang pekerja warganegara Malaysia dengan gaji purata bulanan RM15,000 bagi setiap kapal Malaysia turut menjadi syarat yang dikenakan bagi galakan cukai tersebut,” maklum MoF dalam dokumen Langkah Cukai Belanjawan 2027, yang dikeluarkan hari ini.

Ad Banner

Pada masa yang sama, Kementerian Kewangan turut memaklumkan pengenaan had maksimum duti setem ke atas perjanjian pinjaman atau pembiayaan untuk pembelian atau pembinaan kapal Malaysia termasuklah sejumlah RM2,000 bagi pinjaman atau pembiayaan berjumlah sehingga RM100 juta dan RM5,000 bagi pinjaman atau pembiayaan berjumlah melebihi RM100 juta.

“Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara yang disempurnakan oleh suatu entiti Labuan berkaitan dengan suatu aktiviti perniagaan Labuan di bawah Perintah Duti Setem (Pengecualian) (No. 3) 2012 [P.U.(A) 268/2012] adalah kekal.

“Tarikh kuat kuasa bagi pengecualian cukai pendapatan adalah bermula tahun taksiran 2027 hingga tahun taksiran 2036, manakala, pengenaan duti setem pada had maksimum adalah bagi perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang disempurnakan mulai 1 Jan 2027,” menurut MoF.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA