BERITA TERKINI   Hujan lebat dijangka landa Bangkok dan wilayah sekitar sehingga 27 Sept - Jabatan Meteorologi Thailand | 50 daerah di Bangkok diisytihar sebagai kawasan bencana susulan keadaan banjir yang semakin buruk - Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) | Kampus UiTM Jalan Othman ditukar nama kepada Kampus UiTM Tun Arshad Ayub Jalan Othman - PM Anwar | PM Anwar umum peruntukan RM2.5 juta menaik taraf Kampus UiTM Tun Arshad Ayub Jalan Othman | Kerajaan terus beri perhatian terhadap agenda pembangunan Bumiputera selaras prinsip keadilan sosial - PM Anwar | 

MCBA, MCAH Temui Kementerian Perdagangan Kemboja Bagi Perkukuh Perdagangan Dua Hala

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Persatuan Perniagaan Malaysia-Kemboja (MCBA) dan Dewan Perhimpunan Cina Malaysia (MCAH) mengadakan mesyuarat libat urus perniagaan dengan Kementerian Perdagangan Kemboja bagi memperkukuh kerjasama perdagangan dua hala serta pelaburan.

MCBA menyatakan kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai usaha memperkukuh lagi kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, penjagaan kesihatan, pelancongan dan kerjasama perniagaan.

“Perbincangan turut meliputi usaha untuk menggalakkan lebih banyak syarikat Malaysia meneroka peluang pelaburan dan mengembangkan operasi ke pasaran Kemboja.

Ad Banner

“Kedua-dua pihak turut membincangkan langkah untuk mempermudah lebih banyak produk berpotensi dari Kemboja untuk memasuki pasaran Malaysia sekali gus memperluas perdagangan dua hala dan membuka lebih banyak peluang untuk padanan perniagaan,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pertemuan itu yang diadakan di sini semalam dipengerusikan bersama Presiden Pengasas MCBA Datuk Seri Ricky Yaw dan Presiden MCAH Datuk Seri Dr Chai Kee Kan.

Setiausaha Bahagian Kementerian Perdagangan Kemboja Nam Lynal mengetuai delegasi dari Kemboja.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA