Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Tekanan Jualan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis apabila tekanan jualan di kaunter berkaitan minyak memberi kesan kepada indeks petunjuk pasaran selepas mencatatkan kenaikan pada sesi sebelumnya, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.90 mata, atau 0.40 peratus, kepada 1,734.71 daripada paras penutup 1,741.61 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 1.18 mata kepada 1,742.79 dan bergerak turun naik antara paras 1,732.83 dan 1,742.79 sepanjang hari.

Ad Banner

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 703 berbanding 410, manakala 603 kaunter tidak berubah, 1,082 tidak diniagakan dan 15 digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 3.51 bilion unit bernilai RM3.05 bilion daripada 3.70 bilion unit bernilai RM3.27 bilion pada Rabu.

Pengarah strategi pelaburan dan ahli ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata keseluruhan sentimen pasaran masih rapuh susulan kebimbangan berterusan terhadap prospek ekonomi global dan ketidaktentuan serantau.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, katanya, inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih perlahan memberikan sedikit kelegaan kepada persekitaran risiko secara keseluruhan.

Dilaporkan bahawa inflasi pengguna AS susut kepada 3.4 peratus pada Julai daripada 3.5 peratus sebelumnya, sejajar dengan jangkaan, apabila tekanan harga tenaga menyederhana.

“Data inflasi yang lebih perlahan mengurangkan jangkaan dasar Rizab Persekutuan AS yang lebih ketat, memberikan sedikit sokongan kepada minat risiko global. 

"Bagaimanapun, pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati, dengan hala tuju pasaran berkemungkinan bergantung pada data ekonomi akan datang dan pemangkin yang boleh menentukan langkah seterusnya ekuiti," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB Group naik tiga sen kepada RM7.95, Maybank tidak berubah pada RM10.60, Public Bank susut tiga sen kepada RM5.16, manakala Tenaga Nasional dan IHH Healthcare kedua-duanya turun lapan sen masing-masing kepada RM14.50 dan RM8.27.

Dalam kalangan saham paling aktif, Key ASIC naik 4.5 sen kepada lapan sen, SC Estate Builder turun setengah sen kepada setengah sen, HHRG dan NationGate tidak berubah masing-masing pada 15.5 sen dan RM1.56 manakala Dagang NeXchange berkurangan dua sen kepada 51 sen.

Dalam kalangan kaunter paling untung, Nestle melonjak 60 sen kepada RM103.50, Malaysian Pacific Industries meningkat 34 sen kepada RM47.84, UMS Integration naik 30 sen kepada RM8.45, Kee Ming Group menokok 16 sen kepada RM2.29 dan Genting Plantations menambah 13 sen kepada RM5.70.

Dalam kalangan saham paling rugi, Hong Leong Bank turun 36 sen kepada RM22.34, Fraser & Neave susut 32 sen kepada RM26.58, United Plantations berkurangan 30 sen kepada RM33.30, Malaysia Smelting Corporation menyusut 21 sen kepada RM2.01 dan Lysaght Galvanized Steel merosot 20 sen kepada RM2.40.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE meningkat 41.22 mata kepada 5,244.65, Indeks FBM Emas susut 60.15 mata kepada 12,858.55 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 56.13 mata kepada 12,672.70.

Dalam kalangan indeks utama, Indeks FBM Emas Shariah menyusut 75.89 mata kepada 12,694.98 manakala Indeks FBM 70 turun 105.60 mata kepada 18,330.21.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga turun 2.42 mata kepada 783.32, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 43.01 mata kepada 20,357.02, Indeks Perladangan merosot 94.68 mata kepada 9,373.66, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.87 mata kepada 189.48.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menyusut kepada 1.77 bilion unit bernilai RM2.64 bilion daripada 1.94 bilion unit bernilai RM2.90 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 956.43 juta unit bernilai RM137.35 juta daripada 1.08 bilion unit bernilai RM140.95 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 784.66 juta unit bernilai RM267.74 juta daripada 668.48 juta unit bernilai RM227.01 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 151.81 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (272.49 juta), pembinaan (155.73 juta), teknologi (557.57 juta), perkhidmatan kewangan (80.39 juta), hartanah (153.17 juta), perladangan (39.34 juta), amanah pelaburan hartanah (25.56 juta), dana tertutup (346,700), tenaga (91.14 juta), penjagaan kesihatan (82.83 juta), telekomunikasi dan media (30.88 juta), pengangkutan dan logistik (54.60 juta), utiliti (80.99 juta), dan amanah perniagaan (321,100).

-- BERNAMA