Unit Southern Score Builders Peroleh Kontrak Kerja RM105 Juta Bagi Projek Pusat Data
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- SJEE Engineering Sdn Bhd, anak syarikat 51 peratus milik Southern Score Builders Bhd memperoleh kontrak kerja subkontrak bernilai RM105 juta dalam projek pusat data di Puncak Alam, Selangor.
Southern Score Builders menerusi makluman kepada Bursa Malaysia memaklumkan SJEE menerima surat lantikan (LoA) hari ini daripada sebuah syarikat pembinaan tempatan yang tidak didedahkan namanya.
Menurut syarikat itu, kontrak tersebut terdiri daripada kerja bagi subkontrak ‘Electrical Package #3 (MV02 & MV03)’.
Projek itu dijadualkan bermula pada 21 Julai 2026, dan dijangka siap sepenuhnya pada 14 Oktober 2027.
"Projek ini dijangka memberi sumbangan positif kepada aset bersih dan pendapatan sesaham syarikat dan kumpulan syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun, 2027 dan seterusnya, sehingga projek ini siap," maklum Southern Score Builders.
-- BERNAMA