BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Keuntungan Bersih Eco World Susut Kepada RM129.14 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Eco World Development Group Bhd untuk suku kedua berakhir 30 April 2026 menyusut sedikit kepada RM129.14 juta berbanding RM129.83 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelumnya.

Hasil berkurangan sebanyak 9.2 peratus kepada RM797.40 juta daripada RM878.20 juta berikutan penyempurnaan penjualan tanah perindustrian seluas 49.78 hektar di Quantum Edge, Iskandar Malaysia pada suku kedua 2025, yang telah meningkatkan hasil dalam tempoh yang sama sebelum ini.

Pemaju hartanah itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata lembaga pengarah telah mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak dua sen sesaham untuk suku kedua 2026, menjadikan jumlah dividen dari tahun ke tarikh semasa bagi tahun kewangan 2026 kepada empat sen sesaham, peningkatan 33 peratus daripada tempoh yang sama pada tahun kewangan 2025.

Ad Banner

Eco World juga telah mencapai jualan RM3.28 bilion pada 31 Mei 2026, mewakili 82 peratus daripada sasaran jualan kumpulan untuk tahun kewangan 2026 iaitu RM4.0 bilion.

“Ini menandakan rekod baharu jualan yang dicapai dalam tujuh bulan tahun kewangan, melebihi RM2.99 bilion yang diraih semasa 31 Mei 2025.

“Projek kami di wilayah selatan (Iskandar Malaysia) merupakan penyumbang terbesar, menyumbang RM1.66 bilion atau 51 peratus daripada jumlah jualan kumpulan, diikuti wilayah tengah (Lembah Klang dan Negeri Sembilan) dengan RM1.45 bilion serta RM168 juta dari wilayah utara (Pulau Pinang),” tambahnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Syarikat itu ketika mengulas mengenai prospek berkata pertumbuhan jualannya yang mampan di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran juga menunjukkan daya tahan, keluasan dan kedalaman permintaan dalam sektor hartanah, ia turut kekal pada kedudukan yang baik untuk berkhidmat melalui lima tonggak pendapatan.

"Oleh itu, kami amat optimistik tentang prospek kami pada masa hadapan. Hasil masa depan kami berada pada paras tertinggi sepanjang masa pada 31 Mei 2026 iaitu RM5.38 bilion, ini mengukuhkan kedua-dua prospek pendapatan dan keterlihatan aliran tunai kami dalam tempoh terdekat serta sederhana," katanya.

Pada rehat tengah hari, harga saham syarikat itu adalah 0.94 peratus lebih tinggi pada RM2.14 dengan 783,000 saham bertukar tangan.

-- BERNAMA