Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian "ekonomi digital"

SD Guthrie Jual Tanah Bukit Kerayong Pada Harga RM933.57 Juta, Tubuh JV Dengan Bumi Assets, YTL Power

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- SD Guthrie Bhd akan menjual tanah seluas 657.09 hektar di Bukit Kerayong, Selangor kepada Pembangunan Perindustrian Bukit Kerayong (BKID) pada harga RM933.57 juta dan bekerjasama dengan Bumi Assets Sdn Bhd serta YTL Power International Bhd untuk membangunkan tapak itu menjadi taman perindustrian.

Estek Labur RM20 Juta Perluas Keupayaan Pembuatan Semikonduktor Di Batu Kawan

BATU KAWAN, 29 Okt (Bernama) -- Estek Automation Sdn Bhd melabur RM20 juta dalam kemudahan pembuatan baharu seluas 50,000 kaki persegi di Batu Kawan, Pulau Pinang, bagi memperluas keupayaan dalam pembuatan peralatan semikonduktor, penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan kontrak.

Tencent Cloud Komited Terus Melabur Di Malaysia Dalam Tempoh Tiga Tahun

Daripada Harizah Hanim Mohamed

SHENZHEN, 29 Okt (Bernama) -- Tencent Cloud komited untuk terus melabur di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan memperkukuh infrastruktur rantau awan sedia ada, kata Pengurus Besar Tencent Cloud International dan Tencent Cloud Malaysia, Nucky Fang.

GMV Ekonomi Digital Malaysia Diunjur US$48 Bilion Pada 2026, Setanding Vietnam -- Laporan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ekonomi digital Malaysia diunjur mencapai nilai barangan kasar (GMV) sebanyak US$48 bilion (US$1 = RM4.08) pada 2026, menurut laporan tahunan e-Conomy SEA (Asia Tenggara) bagi edisi ke-11 2026.

MyDCD Sasar Kutip RM187.6 Juta Menerusi IPO

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- MyDCD Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM187.6 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 17 Nov 2026.

Selangor Sasar Pelaburan RM90 Bilion Tahun Ini - Amirudin

BANGI, 24 Okt (Bernama) -- Selangor menyasarkan pelaburan berjumlah RM90 bilion tahun ini, meningkat daripada RM80 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas susulan momentum pelaburan yang menggalakkan di negeri itu.

AiSEM@Selangor 2026 Catat Potensi Nilai Dagangan Kasar RM430 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor (AiSEM@Selangor) 2026 berpotensi mencatatkan nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak RM430 juta dan menarik 23,333 kunjungan sepanjang empat hari penganjurannya sebelum melabuhkan tirai pada 17 Okt, 2026.

Invest Malaysia Day 2026 Tonjol peluang Pertumbuhan Bagi Perniagaan Singapura

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), CIMB Singapore dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) telah bersama-sama menjayakan acara pertama Invest Malaysia Day 2026 di Singapura.