Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian " pusat kewangan"

Pulau Jerejak Berpotensi Jadi Pusat Kewangan, Jambatan Baharu Pemangkin Pembangunan - Sim

GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Pulau Jerejak berpotensi dibangunkan sebagai pusat kewangan yang menghimpunkan pemodal teroka, institusi perbankan, dana ekuiti persendirian dan pelabur teknologi bagi melengkapkan ekosistem semikonduktor dan teknologi tinggi di Bayan Lepas.

Malaysia Berupaya Jadi Peneraju Global Kewangan Digital Patuh Syariah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Malaysia mempunyai elemen yang diperlukan untuk menjadi peneraju global dalam kewangan digital patuh syariah, dipacu oleh kemunculan inovasi rantaian blok dan usaha untuk membangunkan produk patuh syariah pertama di dunia dalam bank kripto, kata usahawan mobiliti global.

SC, SFC Hong Kong Meterai MoU Mudahkan Penyenaraian IPO Silang, Pelaburan Rentas Sempadan

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong (SFC) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama pasaran modal antara kedua-dua pihak.

BNM, SC Adakan Mesyuarat Sulung Panel Penasihat MIFC Perkasa Agenda Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengadakan mesyuarat sulung Panel Penasihat (MAP) Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) semalam.

Uzbekistan Bakal Tarik Lebih Banyak FDI Susulan Penambahbaikan Dalam Iklim Pelaburan - Presiden

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Uzbekistan sedang berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ketika negara itu melaksanakan langkah-langkah sistematik untuk menambah baik iklim pelaburannya, termasuk menubuhkan Pusat Kewangan Antarabangsa Tashkent (TIFC) dan meluaskan inisiatif penswastaan.