Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian " kesatuan eropah"

Malaysia, EU Teruskan Rundingan MEUFTA, Sasar Dimuktamadkan Menjelang 2027

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) telah memuktamadkan rundingan bagi lima bab di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA), dengan kedua-dua pihak menyasarkan perjanjian itu dimeterai menjelang 2027.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Menurun Minggu Depan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun minggu depan, terkesan oleh harga minyak mentah lebih rendah dan stok minyak sawit yang banyak.

Kerangka Baharu Eksport Minyak Sawit Indonesia Tarik Perhatian Malaysia, Pasaran Global

JAKARTA, 20 Jun (Bernama) -- Penggiat industri di Malaysia serta pembeli dan peniaga dalam pasaran utama kini memantau rapat perancangan Indonesia untuk mengetatkan kawalan eksport komoditi strategik melalui kerangka pemantauan baharu berkaitan kerajaan.

Jumlah Perdagangan Malaysia Meningkat 29.8 Peratus Kepada RM327.6 Bilion Pada Mei 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia pada Mei 2026 meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion berbanding RM252.5 bilion pada tempoh sama tahun lepas, didorong pertumbuhan kukuh eksport dan import, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Syarikat Malaysia Bersedia ESG Mempunyai Kelebihan Tembusi Pasaran EU - GRI

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Syarikat Malaysia yang melaksanakan amalan dan piawaian pelaporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang kukuh dijangka mempunyai kelebihan daya saing tersendiri dan akses kepada peluang perniagaan di Kesatuan Eropah (EU) dan pasaran antarabangsa lain, menurut pakar pelaporan kemampanan.