BERITA TERKINI   Jerebu: Sekolah di Johor dibuka secara berfasa bermula esok, fasa pertama libatkan murid duduki peperiksaan- Exco | MBPP arah henti kerja serta merta projek bina kondominium dan jalan di lokasi tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " keperluan penyenaraian"

IOI Properties Masih Menilai Potensi Penyenaraian Di SGX

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd memaklumkan pihak pengurusannya masih menilai inisiatif pasaran modal yang berpotensi, termasuk penyenaraian sekunder di Bursa Singapura (SGX), tetapi tiada cadangan rasmi dikemukakan kepada lembaga pengarah untuk dipertimbangkan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Pengumuman Belanjawan 2027

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat menjelang pembentangan Belanjawan 2027 hari ini, dengan pelabur memantau langkah-langkah untuk menyokong industri strategik dan perbelanjaan isi rumah.

PJBumi Bhd Dapat Kelulusan Bursa Malaysia Bagi Cadangan Pecahan Saham

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) meluluskan cadangan pecahan saham PJBumi Bhd (PJBumi), yang dijangka meningkatkan mudah tunai dagangan dan menarik pangkalan pelabur yang lebih meluas dengan menurunkan harga dagangan.

Tiada Perjanjian Muktamad Projek Cress Bernilai RM800 Juta Setakat Ini -- Northern Solar

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd hari ini memaklumkan tiada sebarang perjanjian muktamad yang dimeterai membabitkan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) yang dilaporkan bernilai RM800 juta.

Keperluan Wajib Jaminan Kemampanan ACSR Berkuat Kuasa 2028 - SC

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR) menangguhkan pelaksanaan keperluan wajib jaminan munasabah bagi pendedahan pelepasan gas rumah hijau (GHG) Skop 1 dan Skop 2 untuk entiti Kumpulan 1 yang tertakluk di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF). 

Bursa Malaysia Tegur Secara Terbuka Techna-X

KUALA LUMPUR, 9 Sept  (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Techna-X Bhd kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.

Bursa Malaysia Pelawa Maklum Balas Fasa Dua Peralihan Sekuriti Tanpa Skrip

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd hari ini mengemukakan kertas rundingan bagi mendapatkan maklum balas mengenai pindaan yang dicadangkan untuk memudahkan Fasa 2 peralihan kepada sekuriti tanpa skrip yang didepositkan dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd.

Zetrix AI Group Nafi Tuduhan Terlibat Dengan Rasuah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Zetrix AI Group Bhd menafikan sebarang penglibatan atau kaitan dengan bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan susulan khabar angin yang mengaitkan syarikat itu dengan tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap beliau hari ini.