BERITA TERKINI   Kerajaan berhasrat tambah peruntukan untuk usahawan kecil dalam Belanjawan 2027 - PM Anwar | Piala ASEAN FIFA: Bangladesh 0-3 Malaysia | Pengarah filem terkenal Tan Sri L. Krishnan meninggal dunia pada usia 103 tahun di Chiang Mai pada Khamis: keluarga | SPRM akan serah notis pengisytiharan harta kepada Datuk Seri Saravanan, isteri dan tiga anaknya Isnin ini - KP SPRM | 

Tiada Perjanjian Muktamad Projek Cress Bernilai RM800 Juta Setakat Ini -- Northern Solar

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd hari ini memaklumkan tiada sebarang perjanjian muktamad yang dimeterai membabitkan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) yang dilaporkan bernilai RM800 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menyatakan penjelasan itu sebagai maklum balas terhadap laporan media tempatan bertajuk “LSS5 and EPCC to underpin Northern Solar’s profit upcycle” yang disiarkan dalam talian hari ini yang merujuk kepada projek solar serta penyimpanan tenaga berkapasiti 170 megawatt (MW).

Syarikat itu juga menyifatkan butiran yang dipetik dalam laporan media itu sebagai “masih awal.”

Ad Banner

“Ini merangkumi potensi penjanaan kapasiti kira-kira 170 MW dengan projek dianggarkan bernilai lebih RM800 juta manakala tempoh pembinaan kira-kira dua setengah tahun.

“(Menerusi) cadangan konfigurasi tenaga solar serta sistem penyimpanan tenaga itu, peranan Northern Solar sebagai pemilik aset serta cadangan pengaturan pembelian tenaga masih tertakluk kepada perbincangan, rundingan, usaha wajar, keperluan kawal selia serta pemuktamadan terma komersial dan kontrak,” maklum syarikat itu.

Berikutan itu, Northern Solar memaklumkan terma akhir serta skop projek berpotensi itu berkemungkinan berbeza daripada maklumat yang dilaporkan.

Ad Banner
Ad Banner

“Syarikat ingin menegaskan bahawa kami masih lagi dalam proses meneruskan usaha untuk merealisasikan projek itu dan akan membuat pengumuman sewajarnya kepada Bursa Malaysia. Ini selaras dengan keperluan penyenaraian selepas mana-mana perjanjian muktamad projek dimuktamadkan dan dimeterai,” maklum syarikat itu.

-- BERNAMA